Jumaat, 13 Julai 2012

SKHK BANGGA SENAMROBIK 1M1S1M CATAT REKOD

HULU KELANG, SELANGOR: Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia (1M1S1M) peringkat kebangsaan, minggu lalu. Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) tidak terkecuali menyertai program senamrobik yang diadakan serentak di 10,000 ribu sekolah di seluruh negara, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15, Shah Alam, Selangor. Program 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah. Guru besar SKHK, Kamis Md Noor, mengetuai Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia bersama-sama guru dan murid-murid, menyifatkan program ini sangat positif sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh negara. “Aktiviti senamrobik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan,” kata guru besar ini yang baru sebulan menjadi warga di SKHK. Turut memeriah program ini, penyertaan ibu bapa dan ahli jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

1 ulasan:

  1. assalam. tahniah kepada skhk kerana jayakan program 1M1S1M bersama 3.6 juta pelajar sekolah di seluruh negara. tahniah teruskan usaha cemerlang ini...

    BalasPadam