Ahad, 13 Mac 2011

Kelas Tambahan Tahun 6 Dapat Sambutan

LIMA guru berpengalaman yang berkorban cuti sekolah demi anak bangsa mencapai kejayaan diketuai Cikgu Norhaslinda Harabayni, Cikgu Nurul Amalina Mohamad Najib, Cikgu Rahimah A Latif, Cikgu Mohd Yusof Ah Nordin dan Cikgu Mohd Zaidi Abu Bakar menjayakan kelas tamabahan untuk murid-murid Tahun 6 yang diadakan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad, 12 Mac dan 13 Mac 2011 lalu.
Kelas Tambahan Tahun 6 ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari yang diadakan di kelas Tahun 6. Lebih 90% murid Tahun 6 menghadiri kelas tambahan ini pada dua hari tersebut. Syukurlah, komitmen ibu bapa mendorong anak-anak berkorban cuti sekolah demi masa depan. Tahniah kepada semua ibu bapa yang perihatin!
Pada Isnin, 14 Mac 2011 pula Kelas Motivasi selama empat jam diadakan di Dewan Bisikan Kalbu. Menurut Cikgu Lily a/p Savarinathan, penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK), hampir kesemua murid-murid Tahun 6 menghadirinya. Bilangan murid Tahun 6 SKHK pada 2011 seramai 130 orang dan mereka bakal menduduki UPSR awal September depan, kira-kira enam bulan lagi.
Pada tahun lalu seramai 136 calon yang mengambil UPSR dan lapan murid berjaya mendapat 5A sementara lima murid pula mendapat 4A 1B (sumber: Pejabat Pendidikan Daerah Gombak 2010).
Semoga pencapaian UPSR 2011 akan meningkat dan mengubah imej SKHK menjadi sekolah yang mendapat perhatian masyarakat. Good luck!










Jumaat, 11 Mac 2011

Kem Bestari Solat

KEM pratikal kaedah bersolat tersebut akan diadakan seperti jadual berikut:
Isnin, 21 Mac 2011 - Tahun 1
Selasa, 22 Mac 2011 - Tahun 2 dan Tahun 3
Rabu, 23 Mac 2011 - Tahun 4
Khamis, 24 Mac 2011 - Tahun 5
Jumaat, 25 Mac 2011 - Tahun 6
Semua murid beragama Islam hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa dan diminta memakai baju T sekolah, seluar trek dan selipar pada hari berkenaan. Jamuan disediakan untuk semua peserta.

Kelas Tambahan Tahun 6

KELAS tambahan untuk murid-murid Tahun 6 mulai diadakan selama tiga hari bermula 12 Mac lalu dan berakhir pada 14 Mac 2011.
Kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua murid Tahun 6 dikehendaki hadir. Sekiranya tidak dapat hadir ibu bapa hendaklah menulis surat pemberitahuan kepada Guru Besar.
Murid-murid diberi kelonggaran untuk memakai baju T sekolah, seluar trek dan memakai kasut sekolah.

Perutusan YDP PIBG Sempena Cuti Pertengahan Semester Pertama

Selamat bercuti pertengahan semester pertama kepada warga guru dan murid bermula 12 Mac hingga 20 Mac 2011 daripada Ahli Jawatankuasa PIBG Sek Keb Hulu Kelang, Ampang, Selangor. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Isnin 21 Mac 2011.
Semoga cuti ini dimanfaat dengan pelbagai aktiviti berfaedah selain penyertaan murid-murid dalam latihan sukan terutama membabitkan sukan bola baling yang dipimpin oleh cikgu Mohd Yusoff Ah. Nordin yang juga pengadil sukan ini, membabitkan penyertaan 78 sekolah Daerah Gombak.
Selamat bercuti dan ceria pulang ke kampung bersama keluarga.


Isnin, 7 Mac 2011

Pelajar Cemerlang 2010 Terima hadiah

Pelajar Cemerlang 2010

LEBIH 60 pelajar cemerlang Tahun 1 hingga Tahun 5 sepanjang 2011 Sek Keb Hulu Kelang menerima penghargaan masing-masing daripada Yang Bebahagia Tan Sri Datuk Dr Jin Shamsuddin.
Turut menyampaikan hadiah ialah Yang Dipertua PIBG Sek Keb Hulu Kelang, Abdul Razak Hussein dan juga AJK PIBG, Ghaffar Saidin.
Sebanyak dua kategori diadakan iaitu kedudukan dalam kelas sepanjang tahun dan kedudukan murid cemerlang dalam mata pelajaran darjah.
Lima murid cemerlang yang menerima hadiah terbaik mengikuti darjah pada 2010 ialah Zaid Rozman (Tahun 1), Dania Wardina Adzlan (Tahun 2), Ammar Ghaffar (Tahun 3), Muhammad Firdaus M Fauzi (Tahun 4) dan Nur Syafiqah Natasha Mohd Faizal, murid Tahun 5 Wawasan.
Tahniah semoga 2011 ini ini nama-nama yang tersenarai akan mengekalkan tahap pencapaian dan menjadi kebanggaan guru dan PIBG sekolah.
Selamat berusaha khasnya kepada semua murid kerana minggu kedua Mac ini, bermulanya Ujian Mata pelajaran.






Ahad, 6 Mac 2011

Album Ibu Bapa Guru Mesyuarat Agung PIBG SK Hulu Kelang 2011

CERIA. Rakaman foto suasana sebelum dan selepas Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Hulu Kelang Ke-36, baru-baru ini.

Turut menceriakan majlis ini Y.Bebahagia Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin sebagai tetamu istimewa yang turut menyampaikan motivasi kepada ibu bapa yang hadir.









Jumaat, 4 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Hulu Kelang Ke-36

MESYUARAT Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) kali ke-36 berlangsung dengan penuh meriah dengan sambutan hangat dengan kehadiran ramai ibu bapa.

Berbanding tahun lalu, penyertaan ibu bapa di dalam mesyuarat agung kali ini menggambarkan sokongan padu dari ibu bapa sangat memberangsangkan.

Malah Guru Besar SK Hulu Kelang, Mohamad Alwan Ginen melahirkan kesyukuran dan berpuas hati dnegan kehadiran ramai ibu bapa sambil menekankan soal semua pihak dapat terus berganding bahu bersama-sama berusaha, menyumbang idea, tenaga dan apa yang termampu meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang kurikulum da ko-kurikulum agar dapat setanding dnegan sekolah-sekolah di sekitar Hulu Kelang.

Kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin sebagai tetamu khas telah menyampaikan motavasi tentang kepentingan dan peranan ibu bapa menyokong kejayaan anak-anak pada masa hadapan, berjaya mendapat perhatian.

Diakhir penyampaian motovasi, beliau seterusnya merasmikan mesyuarat agung dan disusuli doa kesyukuran oleh Ustaz Zairudin Zakaria.

Sementara itu Yang Dipertua PIBG SK Hulu Kelang, Abdul Razak Hussein dalam perutusan alu-alauan berharap semua pihak khasnya PIBG akan memberi kerjasama yang baik dan berpadu tenaga jika inginkan anak-anak terus bersemangat adaptif dan luwes dalam erti kata menyesuaikan diri dengan kehidupan dan perubahan sekeliling tanpa kehilangan jati diri.

Sepanjang mesyuarat itu tidak ketinggalan pembentangan usul-usul daripada ibu bapa yang mahukan jawapan jelas tentang perkara yang dibangkit daripada pihak sekolah dan AJK PIBG.

Lapan usul telah dikemukakan. Usul pertama Nazaruddin Hamad mencadangkan supaya pengawal memantau kenderaan ibu bapa yang menurunkan anak di pintu hadapan/pintu utama. Ini kerana ada ibu bapa yang masih berdegil dan boleh menyebabkan kemalangan.

Meor Zamzuri Ahmad mencadangkan usul kedua supaya dibina laluan penjalan kaki dari prasekolah hingga ke pagar belakang untuk memudahkan murid-murid berteduh.

Cadangan perbanyakkan menu dan kuantiti di kantin supaya dapat mengelakkan murid membeli makanan di luar pagar sekolah telah diusulkan oleh Suzana Md Salleh.

Beliau juga turut mencadangkan bilangan telefon awam diperbanyakkan.

Azni Hamad mencadangkan membuat pemantauan terhadap penjaja di sekitar sekolah untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya keracunan makanan dan sebagainya.

Manakala Rozita Abu Bakar berharap pengawal yang bertugas tidak membenarkan murid-murid yang menunggu ibu bapa, van dan bas sekolah bermain, berlari di luar kawasan sekolah.

Raja Normala Raja Kamarudin pula mencadangkan supaya kebersihan dan kemudahan di kantin hendaklah diselia dan dipantau pihak sekolah.

Usul oleh Sharidhon Halim berharap ibu bapa meletakkan kenderaan dengan betul di petak ‘parking’ ini adalah supaya memudahkan kenderaan keluar dan masuk dengan lebih lancar serta tidak berlaku kemalangan.

Zubaidah Abdullah pula mencadangkan Kelas Tasmik dilaksanakan pada hari Sabtu dan turut mencadangkan supaya mengadakan kelas tambahan untuk murid Tahun 5 dan 6 juga pada hari Sabtu.

Usul terakhir daripada Sharifah Yahya mencadangkan perkhemahan Unit Beruniform diadakan pada setiap tahun.

Sementara itu Saini Bin Kulop Kechil dipilih sebulat suara mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua menggantikan Ariffin Mansor yang mengundur diri.

Dua ahli jawatankuasa yang baru juga mengisi kekosongan dan seorang pemeriksa kira-kira juga turut dipilih.

Mereka ialah Norlida Ismail sebagai ahli jawatankuasa wanita PIBG dan Wan Yusoff sebagai ahli jawatankuasa dari PIBG.

Nazarudin Hamad pula dilantik sebagai pemeriksa kira-kira menggantikan Zohari Ahmad yang turut mengundur diri kerana faktor peribadi.