Jumaat, 12 April 2013

Senamrobik Perdana PIBG SK Hulu Kelang 2013

Assalam. Sabtu tanggal 13 April 2013, berlangsungnya program Senamrobik Perdana PIBG SK Hulu Kelang di padang sekolah yang dihadiri lebih 600 murid dan ibu bapa serta guru-guru. Program tahunan ini, diserikan pula dengan majlis penutupan kempen Walkathon PIBG SK Hulu Kelang yang turut diadakan penyampaian hadiah kepada mereka yang menjayakan program ini. Antara hadiah yang disediakan seperti TV, basikal, hamper, cek dan sebagainya. Tahniah kepada kelas yang berjaya mengutip dana tertinggi dan ibu bapa yang berjaya membantu dana PIBG sekalipun sasaran kutipan dana tidak sampai kepada matlamatnya. Apapun tahniah semoga dua tahun lagi, dapat diadakan semula.

Selasa, 9 April 2013

Kursus Asas Kepimpinan Gabungan Pemimpin Cilik Tahun 2013 (Kem Pengawas)

SERAMAI 200 murid daripada lima unit iaitu Unit B&K, Unit Disiplin & Pengawas Sekolah, Unit PSS, Unit SPBT dan Unit 3K, SK Hulu Kelang menjayakan program yang dirasmikan oleh Yang DIpertua PIBG SKHK, Encik Abdul Razak Hussein bertempat di Dewan Bisikan Kalbu, SK Hulu Kelang. Program yang berlangsung pada 4 April 2013, jam 12.45 tengah hari itu diceriakan kehadiran Puan Lily A/P Savarinathan (GPK Tadbir & Kurikulum), Puan Mariamuthuraia Mohd Bisri (GPK Hal Ehwal Murid), Puan Hatijal Ninggal, Puan Halimatun Othman (GPK Petang) dan guru-guru serta warga SK Hulu Kelang.