Jumaat, 12 April 2013

Senamrobik Perdana PIBG SK Hulu Kelang 2013

Assalam. Sabtu tanggal 13 April 2013, berlangsungnya program Senamrobik Perdana PIBG SK Hulu Kelang di padang sekolah yang dihadiri lebih 600 murid dan ibu bapa serta guru-guru. Program tahunan ini, diserikan pula dengan majlis penutupan kempen Walkathon PIBG SK Hulu Kelang yang turut diadakan penyampaian hadiah kepada mereka yang menjayakan program ini. Antara hadiah yang disediakan seperti TV, basikal, hamper, cek dan sebagainya. Tahniah kepada kelas yang berjaya mengutip dana tertinggi dan ibu bapa yang berjaya membantu dana PIBG sekalipun sasaran kutipan dana tidak sampai kepada matlamatnya. Apapun tahniah semoga dua tahun lagi, dapat diadakan semula.

Selasa, 9 April 2013

Kursus Asas Kepimpinan Gabungan Pemimpin Cilik Tahun 2013 (Kem Pengawas)

SERAMAI 200 murid daripada lima unit iaitu Unit B&K, Unit Disiplin & Pengawas Sekolah, Unit PSS, Unit SPBT dan Unit 3K, SK Hulu Kelang menjayakan program yang dirasmikan oleh Yang DIpertua PIBG SKHK, Encik Abdul Razak Hussein bertempat di Dewan Bisikan Kalbu, SK Hulu Kelang. Program yang berlangsung pada 4 April 2013, jam 12.45 tengah hari itu diceriakan kehadiran Puan Lily A/P Savarinathan (GPK Tadbir & Kurikulum), Puan Mariamuthuraia Mohd Bisri (GPK Hal Ehwal Murid), Puan Hatijal Ninggal, Puan Halimatun Othman (GPK Petang) dan guru-guru serta warga SK Hulu Kelang.

Khamis, 21 Mac 2013

Dah tak ada banjir lagi...

Assalam. Alhamdulillah, akhirnya tahunb 2013 menyaksikan kesengsaraan selepas beberapa tahun sekolah menghadapi kesulitan apabila sebehagian besar kawasan sekolah terutama di kawasan kantin, dewan sekolah, tempata letak kereta, bilik guru dan sebagainya menjadi lokasi sekolah digenangi banjir setiap kali hujan turun. Kini masalah ini telah dapat diatasi apabila PIBG sekolah berusaha membawa masalah ini kepada pengetahuan KSU Kementerian Pelajaran Datuk Dr Rosli yang akhirnya segera menghantar pegawai terbabit ke lokasi. Kontraktor di panggil bagi menangani masalah ini berpunca daripada saluran longkang yang sempit selain sampah sarap. Saluran longkang besar itu diperbaik dengan di simen di bahagian atas serta laluan air di penghujung longkang telah diperbesarkan. Selain itu, dua bangunan menempatan Wisma Jati dan Wisma Kenanga yang dibina sejak 20 tahun juga sudah diroboh. Kawasan lapang ini akan diganti sebagai tapak untuk gelanggang bola jaring, sepak takrak selain lapang kawad kaki pasukan beruniform sekolah. Bagi pihak PIBG, perubahan ini memberi imej baru kepada sekolah yang sering diselubungi masalah yang boleh mengganggu tumpuan murid-murid untuk belajar khasnya bagi murid Tahun 6. Disiarkan gambar-gambar sebelum dan selepas pembaikan dijalankan di sekolah sehingga sekarang.

Info Mendapatkan Markah Peperiksaan Murid

Mendapatkan Markah Peperiksaan Murid MASIH ramai ibu bapa yang tidak tahu bagaimana cara mendapatkan markah peperiksaan anak-anak melalui laman 'Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah'. Ikuti langkah-langkah di bawah... Taip *‘SAPS’*pada Google Search Klik *'Semak Slip Peperiksaan'* Masukkan *No KP/Sijil* *Lahir* (murid) Pilih *‘Sekolah Rendah’* Pilih *‘Tahun’* Klik *‘Semak Laporan’* Selamat mencuba

Sabtu, 5 Januari 2013

Mesyuarat AJK PIBG SKHK

AKHIRNYA mesyuarat bulanan AJK PIBG dapat diadakan di dalam suasana ceria dan hangat mengenai perancangan takwim PIBH SKHK 2013.

Suasana minggu pertama persekolahan skhk 2013

KEMBALI semula ke sekolah! Itulah yang dinanti-nantikan buat murid murid selepas bercuti panjang. selamat kembali ke sekolah dengan azam untuk berjaya dalam bidang akademik dan sukan.

Suasana minggu pertama persekolahan Tahun 1 SKHK 2013

inilah foto yang dirakam oleh Cikgu Jatt mengenai Program Transisi Tahun 1 SKHK 2013. seramai 130 murid baru Tahun 1 berdaftar kali ini sebagai warga SKHK dengan penuh ceria mendengar arahan para guru..