Khamis, 5 Julai 2012

Majlis Sambutan Hari Persaraan Penolong Kanan HEM Puan Hajah Satinah Kartho

MAJLIS persaraan penolong kanan HEM puan hajah Satinah Kartho, dimulai dengan bacaan doa kesejahteraan oleh cikgu Zainurddin namun suasana mula diselubungi kesedihan di kalangan guru-guru dan murid-murid sekolah serta ajk pibg. Puan hajah Satinah, bertugas sebagai pendidik selama 30 tahun dan memulakan tugasannya di SKHK pada 1989 sehingga 28 Jun 2012. Ini bermakna penolong kanan HEM yang pernah menimba ilmu pendidik dari maktab perguruan malewar ini, sudah berkhidmat di SKHK selama 23 tahun enam bulan, satu tempuh waktu panjang dalam menabur bakti dan jasa mendidik anak bangsa di skhk. Lebih menyentuh kalbu, majlis persaraannya diadakan pada hari ulang tahunnya. Pelbagai cenderahati kenang-kenangan daripada guru-guru, murid-murid dan pibg disampaikan kepada beliau diiringi pesanan ketika menyampaikan amanat terakhir iaitu sayang Allah, sayang ibu bapa, sayang cikgu. Lambaian sayang beliau kepada guru-guru sebelum menaiki kenderaan yang dipandu cikgu Nur Anis menuju pulang ke rumahnya, tepat jam 1.00 tengahari. Terima kasih cikgu, jasa cikgu akan dikenang selama-lamanya. Sehingga jumpa lagi, selamat berehat cikgu.

1 ulasan:

  1. assalam cikgu..selamat berehat selama puluhan tahun berjasa mendidik anak bangsa. terima kasih cikgu..

    BalasPadam