Khamis, 28 Julai 2011

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadan al Mubarak 1432H

Selamat menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak 1432 Hijrah. Sempena dengan kedatangan bulan mulia ini, sekolah akan bercuti pada Isnin, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadan 1432 Hijrah.

Hari persekolah ini telah diganti pada 2 Julai 2011 lalu, semasa larian 1Murid 1Sukan. Sekolah akan dibuka semula pada 2 Ogos 2011, hari Selasa.

Sementara itu jadual waktu persekolahan sepanjang Ramadan turut mengalami perubahan. Tahun 1 dan 3, akan pulang jam 1 tengah hari pada Isnin dan Selasa, Selasa dan Rabu jam 12.30 tengah hari manaka hari Jumaat jam 12.00 tengah hari.

Murid Tahun 2 pula pulang jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Murid Tahun 4, 5 dan 6 pula dibenarkan pulang jam 1.00 tengah hari dari hari Isnin hingga Khamis dan hari Jumaat jam 12.00 tengah hari.

Sehubungan dengan itu semua ibu bapa dan penjaga murid di harap dapat menguruskan pengangkutan anak/jagaan masing-masing seperti jadual yang dimaklumkan.

Sempena kedatangan Ramadan al-Mubarak, guru, kakitangan sekolah dan ajk PIBG SKHK mengambil peluang mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna semoga amalan diterimaNya.



Selasa, 12 Julai 2011

Sukaneka meriahkan Larian 1Murid 1Sukan SKHK

PENYERTAAN lebih 500 murid, guru Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) dan ibu bapa dalam program sulung anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S), baru-baru ini, diakhiri penuh ceria dengan beberapa aktiviti sukaneka turut diadakan.

Larian 1 Murid 1 Sukan, yang dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin, memulakan larian jam 7.30 pagi serentak dilancarkan di seluruh negara bermula di Padang Esplande, Taiping, Perak, berjaya dicatat di dalam Buku Rekod Malaysia sebagai larian serentak murid sekolah paling ramai pernah dianjurkan.

“Hasrat Kementerian Pelajaran mahu adakan pada tahun hadapan sebagai acara tetap, sangat dialu-alukan.

“Selain dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti menyihatkan ini, ia juga dapat merapatkan antara murid, guru dengan ibu bapa,” kata Guru Besar SKHK, Mohamad Alwan Ginen, ketika ditemui di majlis ini.

Menceriakan lagi suasana ialah aktiviti sukaneka dengan pembabitan murid, guru dan PIBG dalam acara tarik tali, lontar bola pingpong dalam cawan, rebut kerusi berirama dan sebagainya.

Tetapi sebelum acara larian bermula, Cikgu Yusof Nordin mengetuai acara senam robik selama sepuluh minit dan diikuti Yang Dipertua PIBG SKHK, Abdul Razak Hussein di beri penghormatan melepaskan larian murid, guru dan ibu bapa serta AJK PIBG yang hadir memberi sokongan.