Khamis, 5 Julai 2012

Makan Malam Meraikan Persaraan Perpisahan Hajah Satinah Kartho di Hotel Putra KL

BADAN Kebajikan Guru Guru SKHK berjaya mengadakan majlis makan malam bagi meraikan persaraan dan perpisahan puan Hajah Satinah Karto, guru penolong kanan hal ehwal murid SKHK yang ditemani suaminya Haji Latif di Hotel Putra Kuala Lumpur, pada 28 Jun 2012 lalu. Turut diraikan Puan Norhaslinda, guru Tahun 6 yang berpindah sekolah baru di SK Desa Baiduri dan guru besar Encik Mohamad Alwan Ginen yang ditukarkan ke SK Taman Melawati 2, Hulu Kelang. Memeriahkan lagi majlis dengan kehadiran guru besar baru SKHK Encik Kamis Md Noor, guru-guru penolong kanan, kakitangan SKHK, Naib Yang Dipertua PIBG Sdr Zaini Zaa serta dua AJK PIBG, Sdr Mohd Razi Ayob dan Sdr Nazaruddin termasuk semua guru-guru yang datang bersama keluarga masing-masing. Pengusaha kantin SKHK, Encik Latif dan isteri, puan Nora serta anaknya turut menceriakan majlis makan malam itu. Majlis juga diserikan dengan acara memotong kek, penyampaian cenderamata dan tayangan slide mengenai latar belakang Hajah Satinah sejak kecil dan keluarga serta sepanjang kariernya sebagai guru. Pastinya majlis yang berakhir jam 10.30 malam itu meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan kepada warga guru dan PIBG. Selamat berehat cikgu Satinah, memetik kata dari Encik Mohamad Alwan, kalau ada umur panjang, jumpa lagi.

1 ulasan:

  1. assalam cikgu...makan malam yang cukup mengenyangkan tetapi perasaan sebak tetap ada sehingga Cikgu Lin turut menitiskan airmata..

    BalasPadam