Jumaat, 6 Julai 2012

SESI KEIBUBAPAAN DR OTHMAN BAWA PEMBAHARUAN HARI MESRA AKADEMIK 2012

HULU KELANG, SELANGOR: Kehadiran ibu bapa dan penjaga pada Hari Mesra Akademik 2012 Sk Hulu Kelang (SKHK) sempena pengambilan keputusan laporan peperiksaan anak-anak mereka bagi pertengahan tahun 2012, berjaya menyemarakan suasana segar dengan penampilan pengisian program yang lebih mantap. Julung kalinya, Dr Othman Ab Rahman, pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan, dari Univerisiti Sains Islam Malaysia cawangan Nilai, Negeri Sembilan (USiM) hadir ke sekolah ini, atas jemputan Guru Besar SK Hulu Kelang Encik Kamis Md Noor, semata-mata mahu berkongsi ilmu selama 45 minit bersama ibu bapa dan penjaga, dengan membekalkan kepada tetamu wadah ilmu keibubapaan. Turut khusyuk mendengar pesanan berharga dari beliau ialah murid-murid Tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini. Hadir sama di majlis yang diadakan di Dewan Buluh Perindu ini ialah Guru Besar SKHK, Encik Kamis Md Noor, Yang Dipertua PIBG SKHK, Encik Abdul Razak Hussin, CEO MutiaraSimbolik Sdn Bhd Encik Mohd Sallehuddin A Bakar dan guru-guru. Selepas majlis tersebut, ibu bapa dan penjaga silih berganti menemui guru-guru darjah anak-anak mereka bagi mendapatkan laporan keputusan peperiksaan sambil berkongsi pendapat dan saranan bagi memantapkan kemajuan serta pencapaian anak-anak mereka. Pada masa yang sama taklimat penyerahan Notebook 1Malaysia kepada 20 ibu bapa/penjaga yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tan Sri P Ramlee sebelum majlis bersurai jam 12.00 tengahari. Turut hadir dalam sesi taklimat ini, Puan Lily A/P Savarinathan, Penolong Kanan Kurikulum SK Hulu Kelang. Terima kasih kepada Dr Othman Ab Rahman kerana memberi komitmen menjayakan program Hari Mesra Akademik 2012 SKHK terutamanya penyerahan sumbangan bagi mengisi tabung PIBG. Juga tahniah buat ibu bapa dan penjaga yang sanggup mengorban masa mendengar syarahan dari Dr Othman. Hingga ketemui lagi pada tahun hadapan, didoakan agar pencapaian murid-murid SK Hulu Kelang khasnya di dalam keputusan UPSR 2012 ini nanti, meniti kejayaan membanggakan sekaligus menjadi buah mulut masyarakat di daerah Gombak ini.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah berjaya juga majlis ini diadakan. syukur kepada nikmatNya kerana memudahkan urusan Hari Mesra Akademik SKHK 2012. terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini terutama para ibu bapa dan penjaga. harap tahun depan ada pensyarah dari universiti tersohor menyampaikan syarahannya. terima kasih kepada semua...

    BalasPadam