Rabu, 26 Mei 2010

Pemberitahuan!

Untuk maklumat Ibu bapa, Penjaga

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 201O
Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan mulai 27 Mei sehingga 3 Jun 2010 (maklumat lanjut jadual diedarkan kepada anak/jagaan tuan).

CUTI UMUM SEMPENA HARI WESAK
Sekolah akan bercuti sempena Hari wesak pada hari Jumaat bersamaan 28 Mei 2010.

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN
Cuti sekolah pertengahan tahun akan bermula pada 5 hingga 20 Jun 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010. Semua urusan pejabat sekolah beroperasi seperti biasa pada cuti persekolahan.

KELAS BIMBINGAN DAN MOTIVASI TAHUN 6
Kelas Bimbingan Tahun 6 akan diadakan pada 5 Jun sehingga 7 Jun 2010 mulai jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program Motivasi pula akan diadakan pada 8 Jun 2010 bertempat di dewan sekolah. Program akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Walaubagaimanapun kehadiran pada 5 Jun 2010 adalah tidak diwajibkan.

Diharap ibu bapa dan penjaga memastikan anak jagaan masing-masing mengulangkaji pelajaran dan bersedia untuk menjawab kertas peperiksaan.

Kerjasama dan perihatin ibu bapa dan penjaga dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru Ke-34

SEMPENA sambutan Hari Guru Ke-39, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, mewakili ibu bapa murid, mengucapkan tahniah kepada Yang Dihormati Tuan Guru Besar Mohamad Alwan Ginen dan guru penolong kanan serta guru-guru kerana komitmen yang sepenuh jiwa mendidik anak-anak bangsa menjadi genarasi terbilang dan gemilang.

Selamat Hari Guru kerana Guru Pembina Negara Bangsa

Rabu, 28 April 2010

Tetamu Istimewa SKHK

SAMBUTAN Hari Kejohanan Sukan SKHK Kali Ke-35 cukup bermakna kepada ibu bapa dan murid lebih-lebih lagi dengan kehadiran tetamu istimewa, bintang lagenda layar perak, yang Berbahagia Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin.

Tan Sri Jins juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang selain meluangkan masa menikmati jamuan yang diadakan di Dewan Buloh Perindu, Tan Sri P.Ramlee.

Selepas jamuan pihak sekolah mengambil peluang merakam gambar kenangan bersama Tan Sri Jins.

Turut bersama di dalam sesi bergambar, dari kiri, Puan Um Jamilah Hj Saleh (GPK Petang), Puan Sate Halijah Ninggal (GPK Kurikulum), En Ramli Abdul (AJK PIBG), Pegawai Kanan PPD Gombak, En Ariffin Mansor (Tim. YDP PIBG), Yang Berbahagia Tan Sri Jins Shamsudin, Tuan Guru Besar En Mohamad Alwan Ginen, En Radzi (AJK PIBG) dan En Yahaya Ismail. - Foto ZAINI ZAA (AJK PIBG)

Isnin, 19 April 2010

Program Motivasi Muslim Taqwa

Program Motivasi Muslim Taqwa
tarikh: 17 April 2010
Anjuran: Unit Pengurusan Masjid JAIS Gombak
Dengan kerjasama: Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Kelang
Konsultan: East Management & Consultant (EMC)
Tempat: Dewan Utama Masjid Ar-Ridhuan Hulu Kelang
Peserta: 64 Pelajar Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang









Selasa, 6 April 2010

Jins rasmi kejohanan sukan SKHK Ke-35

KECERIAAN di wajah murid Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK), menyambut ketibaan julung kali YB Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin di Padang SKHK meninggalkan kenangan manis.

Ramai murid mengambil kesempatan, bersalaman dengan beliau semasa lawatan rumah ke rumah.

Kehadirannya bagi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali Ke-35 dan Sukaneka 2010, yang diadakan di Padang SKHK, Ahad lalu.

Rumah Merak mencatat kejayaan berganda apabila dinobatkan hiasan rumah tercantik dan perbarisan kawad terbaik namun Rumah Kenari meneruskan tradisi menjulang buat kali kedua johan keseluruhan kejohanan sukan tahun ini.

Turut memeriahkan suasana, acara tarik tali antara bapa dan guru yang memihak kemenangan kepada juara tahun lalu, kumpulan bapa sementara dalam acara mengelecek bola hoki, guru wanita berjaya menembus kehampaan apabila menewaskan kaum ibu.

Acara santai Wanita Menawan, Puan Zalilah Abu Hassan, mendapat perhatian Ahli Jawatankuasa PIBG yang memilihnya sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa hamper.

Hadiah hamper disumbangkan daripada individu dan syarikat antaranya Kamaruddin Adnan Hardware, Pasaraya HERO Wangsa Maju, Pasaraya GIANT Setiawangsa, FAMA, Red Rebana, Teguh Ringgit, Sdr Zam, Malay Media, Pak Pin, Olitronik, Pak Ngah, Kumpulan MKSB, Pak Yan dan sebagainya.

PIBG SKHK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan individu, penaja sumbangan menjayakan acara Sukan Tahunan SKHK Ke-35. - Foto: ZAINI ZAA