Sabtu, 2 Jun 2012

Program Sepakat 1Komuniti 1Malaysia Gombak

KOMPUTER 1 MALAYSIA CERIAKAN SEPAKAT K1M GOMBAK …pelbagai aktiviti meriahkan program sehari itu Teks, foto: ZAINI ZAA hellobolly@yahoo.com HULU KELANG, SELANGOR: Majlis penyerahan 20 komputer riba 1 Malaysia kepada murid Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) menceriakan program Sepakat Komuniti 1 Malaysia yang diadakan di daerah Gombak, baru-baru ini. Penyampaian komputer 1 Malaysia ini disampaikan oleh Penyelaras BN DUN Hulu Kelang Haji Abdul Rahim Kamaruddin sebagai sebahagian aktiviti yang diadakan sepanjang hari di padang SKHK. Antara aktiviti yang diadakan ialah senam pagi, pertandingan mewarna kanak-kanak pra-sekolah, ceramah keibubapaan dan tip anak cemerlang, sukaneka rakyat, futsal, bola jaring dan sebagainya. Pada sebelah petang pula, Penyelaras BN Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din turut menyampaikan 10 komputer riba 1 Malaysia di majlis penutupan program yang mendapat sambutan warga Hulu Kelang, Selangor. Program ini yang dihoskan DJ Yatt dari NasionalFM, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Selangor Daerah Gombak, turut dihiburkan dengan persembahan dari artis popular 80-an, Haji Shukri Shaari, anggota kumpulan The Rezas. Sementara itu, dalam majlis berasingan, sambutan Hari Guru SKHK turut meraikan perpisahan guru besar SKHK Mohamad Alwan Ginen yang berpindah sekolah ke SK Taman Melawati 2. Beliau yang menabur bakti selama tujuh tahun di SKHK, turut diberi penghormatan memotong riben bagi merasmikan Dataran Letak Kereta SKHK yang mampu memuatkan 20 kereta guru dan ibu bapa murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan