Isnin, 12 September 2011

497,671 calon duduki UPSR seluruh negara bermala 13 September

DEBARAN yang dinanti 136 murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) daripada 497,671 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dan di semua sekolah kebangsaan, Jenis Kebangsaan seluruh negara, bagi menghadapi peperiksaan bertulis akhirnya sampai kemuncaknya.

Peperiksaan UPSR 2011 berlangsung selama tiga hari bermula 13 September dan berakhir pada 15 September 2011.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.

Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Doakan kejayaan murid-murid Tahun 6 SKHK agar 2011 menjadi rekod yang boleh dibanggakan guru dan ibu bapa. Semoga kejayaan berada di hadapan kamu! Insya-Allah.

JADUAL WAKTU UPSR 2011

SELASA 13 September 2011
08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU 14 September 2011
08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
11:45 pagi — 01:00 petang - Bahasa Cina Penulisan

KHAMIS 15 September 2011
08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam





1 ulasan: