Khamis, 7 Julai 2011

Penyampaian Hadiah & Pingat

SETIAP yang berusaha dengan gigih akan mendapat habuan masing-masing. Begitu juga dengan kesungguhan murid-murid mencapai kejayaan dalam pelibatan sukan tahunan sekolah tetap mendadapat ganjaran berupa pingat, trofi dan hamper.

Penyampaian pingat kepada yang berusaha sehingga berjaya bergelar juara disampaikan oleh individu terbabit dalam PIBG, para guru kanan dan gurubesar.

Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi dengan mengekalkan kejuaraan pada tahun hadapan di dalam sukan tahunan dan sukaneka SKHK kali ke-36.

Tidak dilupakan penyertaan ibu bapa dalam acara tarik tali dan melontar buah kelapa yang turut menerima hadiah.

Begitu juga tetamu terhormat yang memeriahkan acara sukan tahunan ini iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk As'ari Ibrahim dan isteri, Datik Firdaus Abdul Kadir serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Puan Mahani Ismail.

Terima kasih meluangkan masa menghadiri majlis ini.



















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan