Bagaimanapun keputusan itu tidak mengecewakan Rumah Helang kerana turut membuktikan pasukan ini mampu bersaing dan akhirnya berjaya merampas anugerah kategori hiasan rumah dan kawad terbaik.
Turut memeriahkan lagi suasana penyertaan bagi acara sukaneka untuk kanak-kanak pra-sekolah selain penyertaan ibu bapa dan guru menerusi acara tarik tali dan boling buah kelapa.
Majlis perasmian sukan ini disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk As’ari Ibrahim, yang turut ditemani isterinya, Datin Firdaus Abdul Kadir.
Hadir menyaksikan majlis ini, Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Puan Mahani Ismail, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Abdul Razak Hussein dan Guru Besar SKHK, Mohamad Alwan Ginen serta semua AJK PIBG dan ibu bapa murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan