Isnin, 5 April 2010

Kunjungan Mesra PIBG SKHK ke SKLT Lancang, Pahang

KUNJUNGAN julung kali Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang ke Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua (SKLT), Lancang, Pahang, naru-baru ini, berjaya mengeratkan hubungan dua hala antara PIBG sekolah kebangsaan ini.

Wakil PIBG SKHK, diketuai Yang Dipertua, Encik Abdul Razak Hussein, Setiausaha PIBG SKHK, Cikgu Mohd Hafiz Ahamd, dua AJK PIBG Encik Ramli Abdul dan Encik Ghaffar Saidin di sambut mesra Yang Dipertua PIBG Encik Ishak Mohamad serta Guru Besar Puan Zahariah Isa.

Pertemuan singkat selama beberapa jam, mencetuskan hasrat kedua buah sekolah ini untuk mengadakan program kerjasama pada Julai nanti. Program ini, akan menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat sebagai sekolah angkat.

Menurut Encik Abdul Razak, program Julai nanti, melibatkan aktiviti seperti lawatan sekolah, sukan persahabatan, acara kesenian dan perkhemahan sekolah.

“Insyallah, seramai seratus murid Tahun 4 dan Tahun 5 akan mengikuti program ini dan keesokan harinya, murid-murid akan ke Pusat Pemuliharaan Gajah di Lancang, Pahang, bagi menyaksikan dari dekat habitat haiwan seperti gajah dan rusa.

“Di sini nanti murid akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan oleh Jabatan Margastua, kehidupan haiwan seperti gajah dan rusa,” kata Abdul Razak.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan