Selasa, 6 April 2010

Jins rasmi kejohanan sukan SKHK Ke-35

KECERIAAN di wajah murid Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK), menyambut ketibaan julung kali YB Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin di Padang SKHK meninggalkan kenangan manis.

Ramai murid mengambil kesempatan, bersalaman dengan beliau semasa lawatan rumah ke rumah.

Kehadirannya bagi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali Ke-35 dan Sukaneka 2010, yang diadakan di Padang SKHK, Ahad lalu.

Rumah Merak mencatat kejayaan berganda apabila dinobatkan hiasan rumah tercantik dan perbarisan kawad terbaik namun Rumah Kenari meneruskan tradisi menjulang buat kali kedua johan keseluruhan kejohanan sukan tahun ini.

Turut memeriahkan suasana, acara tarik tali antara bapa dan guru yang memihak kemenangan kepada juara tahun lalu, kumpulan bapa sementara dalam acara mengelecek bola hoki, guru wanita berjaya menembus kehampaan apabila menewaskan kaum ibu.

Acara santai Wanita Menawan, Puan Zalilah Abu Hassan, mendapat perhatian Ahli Jawatankuasa PIBG yang memilihnya sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa hamper.

Hadiah hamper disumbangkan daripada individu dan syarikat antaranya Kamaruddin Adnan Hardware, Pasaraya HERO Wangsa Maju, Pasaraya GIANT Setiawangsa, FAMA, Red Rebana, Teguh Ringgit, Sdr Zam, Malay Media, Pak Pin, Olitronik, Pak Ngah, Kumpulan MKSB, Pak Yan dan sebagainya.

PIBG SKHK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan individu, penaja sumbangan menjayakan acara Sukan Tahunan SKHK Ke-35. - Foto: ZAINI ZAA






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan