Khamis, 21 Mac 2013

Dah tak ada banjir lagi...

Assalam. Alhamdulillah, akhirnya tahunb 2013 menyaksikan kesengsaraan selepas beberapa tahun sekolah menghadapi kesulitan apabila sebehagian besar kawasan sekolah terutama di kawasan kantin, dewan sekolah, tempata letak kereta, bilik guru dan sebagainya menjadi lokasi sekolah digenangi banjir setiap kali hujan turun. Kini masalah ini telah dapat diatasi apabila PIBG sekolah berusaha membawa masalah ini kepada pengetahuan KSU Kementerian Pelajaran Datuk Dr Rosli yang akhirnya segera menghantar pegawai terbabit ke lokasi. Kontraktor di panggil bagi menangani masalah ini berpunca daripada saluran longkang yang sempit selain sampah sarap. Saluran longkang besar itu diperbaik dengan di simen di bahagian atas serta laluan air di penghujung longkang telah diperbesarkan. Selain itu, dua bangunan menempatan Wisma Jati dan Wisma Kenanga yang dibina sejak 20 tahun juga sudah diroboh. Kawasan lapang ini akan diganti sebagai tapak untuk gelanggang bola jaring, sepak takrak selain lapang kawad kaki pasukan beruniform sekolah. Bagi pihak PIBG, perubahan ini memberi imej baru kepada sekolah yang sering diselubungi masalah yang boleh mengganggu tumpuan murid-murid untuk belajar khasnya bagi murid Tahun 6. Disiarkan gambar-gambar sebelum dan selepas pembaikan dijalankan di sekolah sehingga sekarang.

1 ulasan:

  1. tahniah...atas perubahan ini. semoga allah memberkati kejayaan ini dengan memberi kecemerlangan kepada anak murid sekola ini terutama UPSR 2013..insyallah

    BalasPadam