Jumaat, 18 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah Erat Hubungan

PERARAKAN berkompang murid dan guru Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) serta penyertaan kanak-kanak dari Tadika KEMAS Hulu Kelang, sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah peringkat sekolah yang disambut oleh baru-baru ini, disifatkan penuh bermakna dan meriah.

Ini kerana ia turut mendapat penglibatan ibu bapa murid yang berganding bahu memberi sokongan moral kepada kejayaan program ini.

Bertemakan Satu Malaysia Satu Ummah, aturcara dimulai dengan bacaan ayat suci, diikuti selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad saw, seterusnya persembahan nasyid daripada 20 pelajar Tahun 5 dan 6 serta penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang.

Turut menceriakan majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini, Penghulu Daerah Hulu Kelang, Zaimi Ghazali, Guru Besar SKHK, Mohamad Alwan Ginen, Yang Dipertua PIBG Abdul Razak Hussein dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG.

Menurut Penyelaras Program Sambutan Maulidur Rasul, Midarwati Mamdar, berharap acara sambutan yang diadakan ini dapat memberi erti dan roh keagamaan yang kuat kepada setiap individu.

“Program ini di harap dapat memberi erti dan roh keagamaan yang kuat dan sekaligus membentuk ketaatan hakiki terhadap Allah swt,” kata Midarwati yang bersyukur kerana dengan komitmen ramai ibu bapa yang hadir menjayakan majlis ini. – Teks, foto: ZAINI ZAA


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan