Isnin, 29 Jun 2009

Laman Web SK Hulu Kelang


Untuk Makluman laman Web SK Hulu Kelang telah siap dan boleh dilayari di www.skhulukelang.net/v1 . So sudi-sudilah menjenguk yer...admin.

Selasa, 16 Jun 2009

Keratan Akhbar!

Keterangan gambar: Keratan dari akhbar Berita Harian, 17 Jun 2009
Keterangan gambar: Keratan akhbar Utusan Malaysia, 17 Jun 2009
Reaksi Kerajaan Mengenai Pelajar Asing/PATI
Inilah yang wajar diberi perhatian oleh Kementerian termasuk Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri, ekoran lambakan pelajar asing/PATI di sekolah kebangsaan bantuan kerajaan dan juga di sekolah menengah bantuan kerajaan.
Biro Sosial PIBG SKHK, menyifatkan apa yang berlaku perlu ditangani segera dan berharap tindakan segera daripada kementerian memantau dan menganalisa senario ini, diberi keutamaan.
Ini memandangkan kemelut kebanjiran pelajar asing/PATI akan menganggu-gugat pencapaian mutu pendidikan pelajar yang akhirnya menjadi barah kepada masa depan SKHK. Mahukah ibu bapa melihat anak-anak mereka memperolehi tahap kejayaan yang rendah atau sama setanding dengan anak-anak pendatang asing/PATI?
Oleh itu, ibu bapa dan PIBG perlu segera diambil tindakan bagi mengatasi gejala ini berterusan.

Isnin, 15 Jun 2009

Penggal Ketiga Persekolahan Bermula

Selamat kembali ke sekolah ...84 hari sebelum menjelang UPSR
Setelah dua minggu bercuti, kini bermulalah alam persekolahan bagi penggal ketiga yang merupakan, masa yang paling mencabar kepada murid dan guru.
Ini kerana selain menghadapi kedatangan bulan Ramadan, sambutan kemerdekaan 31 Ogos dan cuti meraikan Aidilfitri, tanggal 8 September ini menjadi detik yang dinantikan dengan penuh debar kepada pelajar tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009.
Ini bermakna tinggal 84 hari sahaja, bermula dari tarikh catatan blog ini ditulis. Semoga setiap hari akan dihadapi dengan tabah dan tekun belajar khasnya kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, yang mengambil UPSR pada tahun ini.
Teruskan usaha, tekadkan semangat dan majukan cita-cita untuk menjadi pelajar cemerlang kebanggaan ibu bapa, guru dan sekolah!
Selamat berjaya...