Jumaat, 4 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Hulu Kelang Ke-36

MESYUARAT Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) kali ke-36 berlangsung dengan penuh meriah dengan sambutan hangat dengan kehadiran ramai ibu bapa.

Berbanding tahun lalu, penyertaan ibu bapa di dalam mesyuarat agung kali ini menggambarkan sokongan padu dari ibu bapa sangat memberangsangkan.

Malah Guru Besar SK Hulu Kelang, Mohamad Alwan Ginen melahirkan kesyukuran dan berpuas hati dnegan kehadiran ramai ibu bapa sambil menekankan soal semua pihak dapat terus berganding bahu bersama-sama berusaha, menyumbang idea, tenaga dan apa yang termampu meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang kurikulum da ko-kurikulum agar dapat setanding dnegan sekolah-sekolah di sekitar Hulu Kelang.

Kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin sebagai tetamu khas telah menyampaikan motavasi tentang kepentingan dan peranan ibu bapa menyokong kejayaan anak-anak pada masa hadapan, berjaya mendapat perhatian.

Diakhir penyampaian motovasi, beliau seterusnya merasmikan mesyuarat agung dan disusuli doa kesyukuran oleh Ustaz Zairudin Zakaria.

Sementara itu Yang Dipertua PIBG SK Hulu Kelang, Abdul Razak Hussein dalam perutusan alu-alauan berharap semua pihak khasnya PIBG akan memberi kerjasama yang baik dan berpadu tenaga jika inginkan anak-anak terus bersemangat adaptif dan luwes dalam erti kata menyesuaikan diri dengan kehidupan dan perubahan sekeliling tanpa kehilangan jati diri.

Sepanjang mesyuarat itu tidak ketinggalan pembentangan usul-usul daripada ibu bapa yang mahukan jawapan jelas tentang perkara yang dibangkit daripada pihak sekolah dan AJK PIBG.

Lapan usul telah dikemukakan. Usul pertama Nazaruddin Hamad mencadangkan supaya pengawal memantau kenderaan ibu bapa yang menurunkan anak di pintu hadapan/pintu utama. Ini kerana ada ibu bapa yang masih berdegil dan boleh menyebabkan kemalangan.

Meor Zamzuri Ahmad mencadangkan usul kedua supaya dibina laluan penjalan kaki dari prasekolah hingga ke pagar belakang untuk memudahkan murid-murid berteduh.

Cadangan perbanyakkan menu dan kuantiti di kantin supaya dapat mengelakkan murid membeli makanan di luar pagar sekolah telah diusulkan oleh Suzana Md Salleh.

Beliau juga turut mencadangkan bilangan telefon awam diperbanyakkan.

Azni Hamad mencadangkan membuat pemantauan terhadap penjaja di sekitar sekolah untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya keracunan makanan dan sebagainya.

Manakala Rozita Abu Bakar berharap pengawal yang bertugas tidak membenarkan murid-murid yang menunggu ibu bapa, van dan bas sekolah bermain, berlari di luar kawasan sekolah.

Raja Normala Raja Kamarudin pula mencadangkan supaya kebersihan dan kemudahan di kantin hendaklah diselia dan dipantau pihak sekolah.

Usul oleh Sharidhon Halim berharap ibu bapa meletakkan kenderaan dengan betul di petak ‘parking’ ini adalah supaya memudahkan kenderaan keluar dan masuk dengan lebih lancar serta tidak berlaku kemalangan.

Zubaidah Abdullah pula mencadangkan Kelas Tasmik dilaksanakan pada hari Sabtu dan turut mencadangkan supaya mengadakan kelas tambahan untuk murid Tahun 5 dan 6 juga pada hari Sabtu.

Usul terakhir daripada Sharifah Yahya mencadangkan perkhemahan Unit Beruniform diadakan pada setiap tahun.

Sementara itu Saini Bin Kulop Kechil dipilih sebulat suara mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua menggantikan Ariffin Mansor yang mengundur diri.

Dua ahli jawatankuasa yang baru juga mengisi kekosongan dan seorang pemeriksa kira-kira juga turut dipilih.

Mereka ialah Norlida Ismail sebagai ahli jawatankuasa wanita PIBG dan Wan Yusoff sebagai ahli jawatankuasa dari PIBG.

Nazarudin Hamad pula dilantik sebagai pemeriksa kira-kira menggantikan Zohari Ahmad yang turut mengundur diri kerana faktor peribadi.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan