Imbasan Kemeriahan Kejohanan Sukan Tahunan SKHK 2010
JIKA tahun lalu Rumah Merak (Merah) mengungguli sebagai rumah berhias dan pasukan kawad terbaik, pada Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-35 dan Sukaneka 2010.
Bagaimanapula apakah tahun ini peristiwa tersebut akan berulang dengan kejayaan yang serupa?
Apapun nantikan keputusan juri mengenai kabar gembira itu hanya akan diketahui pada hari Ahad, 26 Jun ini, di mana berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-36.
Begitu juga dengan keputusan pencapaian keseluruhan markah tahun lalu telah dimonopoli oleh pasukan Rumah Kenari selama dua tahun berturut-turut.
Apakah juga pada kali ini, keputusan memihak kepada Rumah Kenari, turut menarik perhatian guru dan murid dari pasukan Rumah Merak, Helang dan Bangau yang setiap hari menjalani latihan keras memastikan acara-acara yang dipertandingkan akan menjadi milik mereka membawa pulang pingat emas.
Tahun ini majlis akan dirasmikan oleh Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Datuk Ir Dr Ashaari Mohamad dan beberapa VIP antaranya Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin.
Saksikan juga pembabitan ibu bapa dan guru di dalam beberapa acara termasuk tarik tali dan bawa bola dengan kayu hoki.
Selasa, 21 Jun 2011
Isnin, 20 Jun 2011
Guru Murid Lawati Melaka Bandaraya Bersejarah
BARU-BARU ini seramai 80 murid dan 6 guru mengadakan lawatan sehari ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Lawatan ke Taman Buaya antara yang di kunjungi selain beberapa lokasi popular lain seperti Kota A Formosa.
Rata-rata murid Tahun 4, 5 dan 6 yang mengikuti lawatan sambil belajar ini berpeluang hati kerana dapat menimba pengalaman serta menambah pengetahuan sepanjang lawatan tersebut.
Malah ada kalangan murid yang melahirkan keinginan mahu mengikuti lawatan ini lagi pada masa akan datang dek kerana tidak puas meninjau bebeberapa lokasi penting.

Rabu, 15 Jun 2011
LAWATAN GURU PSS SK SERI BIRAM PEKAN, PAHANG BAKAL ERAT HUBUNGAN, JALIN PERSAHABATAN
TANGGAL 15 Jun 2011, Rabu lalu menjadi detik bersejarah kepada hubungan dua hala antara guru-guru SK Hulu Kelang (SKHK), Ampang, Selangor apabila guru-guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Biram (SKSB), Pekan, Pahang mengadakan kunjungan julung kali ke SKHK.
SKSB, sebuah sekolah yang mempunyai reputasi yang menjadi kebanggaan kepada warga Pekan, Pahang hasil diterajui oleh Encik Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai guru besar sekolah yang pernah menerima Anugerah sekolah Harapan Negara bagi kategori Sekolah Rendah Dalam Bandar pada 1997.
Kunjungan yang diketuai guru cemerlang yang juga penyelaras PSS Puan Norafizah Abd Razak berserta empat guru dan 37 murid, membawa makna yang besar kepada SKHK.
Inilah antara sebahagian komitmen tinggi seluruh warga sekolah ini sebagai punca membawa kejayaan paling berprestij dalam pendidikan kepada sekolah ini sekaligus mendorong SKSB diisytiharkan sebagai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan peringkat kebangsaan pada tahun 1998.
Menyingkap sejarah penubuhan SKSB yang terletak di Jalan Engku Muda Mansor, Pekan, Pahang, ia mula didirikan pada tahun 1898 dengan nama Sekolah Melayu Pekan.
Sekolah ini berlantaikan kayu dan beratapkan nipah. Pada awal penubuhan sekolah ini tidak mempunyai Guru Besar. Hanya pada tahun 1900, Guru Besar pertama telah dilantik iaitu Encik Embong bin Abd. Rahman.
Pada tahun 1935 sebuah sekolah baru yang lebih selesa telah dibina dan diberi nama Sekolah Melayu Laki-laki. Semua murid laki-laki dari sekolah pertama dipindahkan ke sini manakala sekolah pertama tadi hanya dijadikan sekolah perempuan sahaja.
Pada tahun 1941 sekolah ini ditutup (perang Dunia ke 2) tetapi dibuka semula pada tahun 1945 atas nama Sekolah Umum Pekan.
Sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Seri Biram dan mula dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setanding dengan sekolah-sekolah lain.
Sebuah surau berjaya didirikan hasil usaha guru dan PIBG. Penubuhan sebuah bangunan baru 6 bilik darjah pada tahun 1994 adalah bagi menampung pertambahan pelajar.
Dalam perkembangannya, sekolah ini telah mengalami beberapa pertukaran Guru Besar. Pada tahun 1995, seorang Guru Besar perempuan telah ditukarkan ke sekolah ini.
Beliau ialah Puan Hajah Naemah bte Haji Ali. Sejak penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh 27 orang Guru Besar (26 lelaki dan seorang perempuan).
Nama Seri Biram mengambil sempena nama salah sebuah istana Sultan Pahang, iaitu Istana Kota Biram Pekan. Istana ini telah diambil alih oleh kerajaan Pahang untuk dijadikan Muzium Pahang dengan nama Muzium Sultan Abu Bakar.
Asal usul perkataan 'Biram' ini adalah daripada perangai seekor gajah kenaikan DiRaja Pahang yang tiba-tiba naik 'berang' atau naik angin atau naik minyak kerana gangguan 'fizikal' dan mungkin 'mental' atau kehendak nalurinya. Daripada perkataan 'Berang' inilah kemudiannya bertukar menjadi 'Biram'.
Sementara itu Guru Besar SKHK, Encik Mohamad Alwan Ginen, mengalu-alukan kehadiran para guru PSS dari SKSB sekaligus mengeratkan hubungan sekolah dari dua negeri berjiran ini.
“Kami harap kunjungan ini memberi impak kepada masa depan sekolah yang lebih cerah pada masa hadapan,” kata Mohamad Alwan.
Beliau yang berbangga dengan kunjungan para guru dari SKSB berharap peristiwa ini akan menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih besar pada masa akan dating.
“Insya-Allah kami akan mengadakan lawatan balas pada masa akan datang. Kami juga bersyukur kerana SKSB memilih SKHK sebagai rakan sekolah.
“Kami yakin kunjungan ini membawa natijah yang baik dan dapat membantu menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan murud-murid UPSR SKHK pada tahun ini,” tambah beliau lagi.
Sementara itu Penyelaras PSS SKSB, Puan Nor hafizah berkata pemilihan SKHK sebagai lokasi kunjungan mereka kerana ia sebahagian program jaringan sekolah selain SKHK mempunyai bangunan warisan yang sudah berusia 127 tahun.
“Kunjungan ini memang istimewa kerana ada beberapa persamaan di antara SKHK dan SKSB. Antaranya jumlah pelajarnya serta mempunyai nilai asset bangunan yang berusia 127 tahun.
“Kami gembira dapat bertemu dengan guru-guru dan murid di SKHK. Kami harap pertemuan ini akan mengerat hubungan silaturahim dan menjadi kenangan manis kepada warga SKSB,” kata Nor Hafizah gembira kerana dapat melawat bangunan kuning yang pernah menjadi lokasi filem Masam Masam Manis, lakonan Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.
Turut meraikan kunjungan para guru dan murid dari SKSB ialah Puan Satinah Kartho(Hal Ehwal Pelajar), Puan Lily (ko-kurikulum), guru PSS cikgu Nuranis, guru kaunselor Cikgu Ridhuan Ariffin dan guru pengiring, Cikgu Amir serta Timbalan Yang Dipertua PIBG, Zaini Zaa sebagai wakil PIBG.

Langgan:
Catatan (Atom)