Khamis, 30 Julai 2009

Program Santapan Rohani 1 Tahun Enam 2009

Santapan rohani kepada 148 pelajar Tahun Enam
Program Santapan Rohani 1 Tahun Enam 2009, yang disediakan khan kepada 148 pelajar sebagai persiapan menghadapi UPSR 2009, diharap mendapat komitmen yang baik dan disempurnakan dengan jayanya.
Menurut Gurubesar SK Hulu Kelang, Mohamad Alwan Bin Ginen (gambar), tujuan program ini diadakan, pertama-tamanya adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar Tahun Enam bagi memantapkan diri mereka supaya menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
"Kerjasama ibu bapa memberi dorongan kepada anak mereka dan menjayakan program ini, amatlat dihargai," kata Encik Mohamad Alwan Bin Ginen, yang akan meneruskan program kedua pada pertengahan Ogos ini.
Tarikh: 31 Julai 2009, Jumaat
masa: 3.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Dewan Bisikan Kalbu, SK Hulu Kelang
AJK PIBG mendoakan, agar program ini mencapai matlamatnya!

Selasa, 28 Julai 2009

Masadepan UPSR




Keputusan Mansuhkan UPSR Dan PMR Belum Muktamad
PETALING JAYA, 8 Mei - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bukan sahaja tidak dimansuhkan tahun depan, malahan cadangan untuk menghentikan kedua-duanya, masing-masing pada 2012 dan 2015 belum dimuktamadkan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah.
Beliau berkata LPM masih mendapatkan maklum balas pelbagai pihak termasuk pengurusan sekolah, guru dan tokoh akademik mengenai cadangan memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu.
“Banyak pihak salah faham kononnya kami hendak memansuhkan PMR dan UPSR mulai tahun depan. Itu semua tidak betul.
"Kita akan buat keputusan tahun depan dengan mengambilkira semua maklumbalas yang diterima," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja di Forum Sistem Penilaian Pendidikan: Melihat Kehadapan, di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya maklum balas yang diterima positif, pembelajaran murid-murid mulai tahun depan akan disesuaikan dengan ko-kurikulum yang baru.
Adi berkata LPM juga sedang merangka satu sistem penilaian baru yang tidak menumpukan kepada sistem peperiksaan pusat seperti yang diamalkan sekarang.
"Kami tidak berhasrat untuk memansuhkan sepenuhnya sistem peperiksaan berpusat tapi hendak lihat bagaimana sistem yang ada sekarang boleh diperluaskan," katanya.
Sementara itu, forum yang diadakan itu disertai oleh lebih 100 peserta dan panel dalam dan luar negara seperti Australia, Korea Selatan dan Indonesia.
Forum itu membincangkan isu-isu berkaitan penilaian peperiksaan.-- BERNAMA

Jumaat, 24 Julai 2009

UPSR semakin dekat

Tinggal beberapa hari lagi menjelangnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan berlangsung pada 8 September ini ini.
Papan tanda menjadi perhatian kepada pelajar Tahun 6 selain mengingatkan kepada semua calon yang bakal menempuh UPSR, agar terus peka dan awasi tarik semakin hampir ini.
Papan tanda tajaan Bank Rakyat ini boleh di lihat tertera pada bangunan sekolah berhampiran kantin.
Tetapi sebelum itu pada 14 Ogos ini, Jumaat akan adakan diadakan program kerohanian iaitu sembahyang hajat di Dewan Sekolah. Dan majlis ringkas penyampaian hadiah kepada lima pelajar Tahun 6 yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan penggal kedua baru-baru ini, juga diadakan bagi memberi dorongan.


Ahad, 19 Julai 2009

Baikpulih Padang Sekolah




Salam sejahtera. Untuk makluman semua ibu bapa, padang sekolah sedang dibaikpulih sejak 13 Julai lalu. Baikpulih padang seluas 3,000 meter persegi itu menelan belanja RM85,000 dan ia dijangka siap dua bulan dari sekarang.
Mudah-mudahan, padang sekolah ini akan menjadi antara padang yang elok dan cantik, selepas ditanam semula rumput oleh pihak kontraktor binaan.

Rabu, 15 Julai 2009

Hari Kesihatan & Kecergasan 2009
































































































































































































Badan sihat, otakpun sihat...
ITULAH yang sering dilafazkan oleg guru penolong kanan bahagian petang, Cikgu Abd Wahid ketika berbual mengenai tuntutan kepada kejayaan dalam menimba ilmu.
Dan pada pagi Sabtu, 11 Julai lalu, bertempat padang SKHK, berlangsungkan program Senamrobik Perdana 2009 anjuran SKHK dan PIBG . Program yang berlangsung bermula jam 7.30 pagi dan berakhir tiga jam kemudian, mendapat sambutan kalangan ibu bapa, murid dan para guru.
Senamrobik yang dipimpin oleh enam jurulatih dari Pejabat Belia Daerah Gombak, turut dihadiri Penghulu Daerah Hulu Kelang, Encik Zaimi Ghazali, Gurubesar SKHK, Encik Mohammad Alwan Ginen, Yang Dipertua PIBG, Tuan Mejar Mohd Jafrey Md Isa, AJK PIBG dan guru-guru SKHK.
Sepatah kata gurubesar, kejayaan pada hari ini sungguh hebat dan memuaskan hati kerana penyertaan ramai ibu bapa dan anak murid.
"Insyallah, jika ada respon lagi dari ibu bapa, program seperti ini akan diusahakan lagi," kata Mohamad Alwan.
Turut menceriakan program ini ialah persembahan demotrasi karate-do yang dipimpin oleh Master Andy bersama dengan enam pelajar yang menyerati kelas ini setia Sabtu dan Ahad. Turut mendapat tumpuan ialah khidmat kesihatan dari Pejabat Kesihatan Gombak. ramai ibu bapa dan guru mengambil peluang memeriksa tahap tekanan darah dan juga turit mendapat nasihat dari pegawai kesihatan yang bertugas.
Bagi pihak PIBG SKHK, mengucap ribuan terima kasih kepada semua jurulatih dari Pejabat Belia dan Pejabat Kesihatan Gombak kerana komitmen menjayakan program ini.

Isnin, 6 Julai 2009

Hujung minggu!

Keterangan gambar: YDP PIBG, Mejar Mohd Jefry Md Isa bersama AJK Biro Keselamatan, Sdr Ramli Abdul, menunjukkan pelastik rentang atau banting yang tertera program Senamrobik Perdana anjuran SKHK & PIBG.

Program Senamrobik Perdana
Sekali lagi senamrobik diadakan demi untuk melihat masyarakat sihat dan sejahtera. Apa yang menariknya, program ini hanya dicetuskan semasa mesyuarat bulan PIBG, pada 19 Jun lalu oleh seorang darioada AJK.
Beliau memberitahu tentang program ini dan menjemput semua AJK PIBG memeriahkan program ini. Tanpa ada diskusi khas tentang program ini, sama ada tugasan atau lain-lain hal. Ramai AJK terkejut dan bimbang dengan program yang diadakan secara tergesa-gesa dan tanpa maufakat yang jelas.
Ini dikhuatiri akan berlaku apa jua perkara yang boleh menjejaskan imej sekolah dan PIBG yang dicatat pada banting atau pvc rentang sebagai penganjur! Sekiranya terjadi insiden yang tidak disengaja ini akan mencetuskan isu hangat dan kreadibiliti PIBG juga akan dipersoalkan.
Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam PIBG SKHK ketika ini?
Program: Senamrobik Perdana
Tarikh: 11 Julai 2009
Lokasi: Padang Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang
Waktu: 7.30 Pagi


Jumaat, 3 Julai 2009

Hari Akademi Mesra Pelanggan SKHK


Keterangan gambar: Anak murid Tahun 2 Jauhari, ceria ketika dirakam pose mereka...




Keterangan gambar: Bapa kepada pelajar dari Kelas 2 Unggul tekun dengar teguran gurus kelas.

Keterangan gambar: Guru Penolong Kanan, Abd Wahid (berdiri) asyik melihat situasi antara guru dan bapa saling berintraksi tentang kemajuan anak murid.
Keterangan gambar: Cikgu Abd Wahid berbual mesra dengan seorang bapa dari kelas 2 Wawasan.






Keterangan gambar: Ibu bapa beratur panjang untuk mendengar perkembangan anak-anak sepajang enam bulan pertama belajar.



Keterangan gambar: Guru Kelas Tahun 2 Harmoni, Cikgu Mohamad Hafiz tetap yakin nasihat yang baik dapat membantu seorang ibu memberi tunjuk ajar di rumah...








Apabila ibu bapa jumpa guru
Salam sejahtera. Hari Jumaat, ibu bapa mula beratur dari jam 3.00 petang menunggu temujanji bersama guru kelas anak masing-masing - 2 Wawasan, Unggul, Jauhari dan Harmoni.
Pertemuan sempena Hari Akademi Mesra Pelanggan 2009, pastinya menjadi medan kepada ibu bapa untuk bertanya mengenai perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
Kehadiran guru Penolong Kanan Sekolah Petang, Abd Wahid Bin Mohd Yusof, menceriakan suasana. beliau juga turut mengambil peluang melayani ibu bapa yang berjumpa dan bertanyakan sesuatu. Turut hadir, Yang DiPetua PIBG, Mejar Mohd Jafry Isa, yang melahirkan rasa gembira dengan sambutan ibu bapa yang hadir memberi sokongan program ini.
Terima kasih kepada guru besar, Encik Mohamad Alwan Bin Ginen dan semua para guru dari tahun 1 hingga Tahun 6 yang sentiasa mengambil berat dan memberi suntikan semangat kepada ibu bapa.
Pandangan ikhlas mereka demi kemajuan anak murid wajar disyukuri dan terima dengan hati terbuka! Anggaplah teguran mereka seperti intan permata kerana kejayaan murid, adalah menjadi kebanggaan mereka dan pihak sekolah!
Kepada kesemua 55 guru SKHK - yang cekal, hebat dan berkelayakan mengajar anak-anak bangsa, saya bagi pihak AJK PIBG mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas komitmen para guru bagi menjamin pencapaian akademi sekolah akan berterusan dari dulu, kini dan mudah-mudahan untuk selama-lamanya.
Tahniah!