Ahad, 29 Mac 2009

Petikan Akhbar



Ingatan dari KPM

Keratan akhbar: Ingatan kepada ibu bapa



Kuala Lumpur: Petikan akhbar Utusan Malaysia yang mendedahkan Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima lebih 100 aduan mengenai pertelingkahan antara PIBG dan pihak pentadbiran sekolah sejak setahun lalu.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah berkata, perkembangan itu amat dikesali kerana fungsi PIBG hanya membantu pentadbiran sekolah apabila diperlukan dan bukannya mencampuri urusan pentadbiran sekolah berkenaan.


disiarkan keratan akhbar tersebut dan diharap PIBG SKHK tidak tersenarai dalam aduan kepada BPA dan yakin dengan pucuk pimpinan baru, akan kembali bergerak selari dengan hasrat ibu bapa dan guru serta pentadbiran sekolah dengan baik.

Jumaat, 27 Mac 2009

Arkib!




Hari Ini Dalam Sejarah







KHIR JOHARI RASMI SEKOLAH RAJA CHULAN, IPOH PERAK


PADA hari ini, 28 Mac 1969, berlangsung upacara perasmian Sekolah Raja Chulan (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan), Ipoh, Perak.


Perasmian SRC telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Mohd Khir Johari (Allahyarham, bergelar Tan Sri). Sekolah yang sudah berusia 40 tahun pernah melahirkan ramai pelajar cemerlang yang kini bergelar pemimpin negara dan usahawan terkenal selain ramai selebriti popular.


Tahniah semoga sekolah ini terus mencatat kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan serta kekal sebagai salah sebuah sekolah terbaik di Bandaraya Ipoh, khasnya di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat!

Mesyuarat AJK PIBG SKHK 1 sesi 2009-2010



HULU KELANG: Mesyuarat pertama AJK PIBG SKHK sesi 2009-2010 yang bermula jam 4.30 petang, Jumaat lalu, selamat dijalankan
di bilik mesyuarat Tan Sri P Ramlee. Mesyuarat ini membincangkan
berbagai perkara termasuk
soal penambahbaikan PIBG sekolah
dan merancang pengisian dana tabung
PIBG dalam masa terdekat dengan
program yang akan diumumkan
dalam masa terdekat.
Selain itu saranan diadakan mesyuarat
dua minggu sekali, setiap Jumaat,
jam 4.40 petang, bagi mengetahui perkembangan
terkini program yang dirancangkan.
Turut hadir memantapkan pertemuan julung
kali ini ialah Tuan Guru Besar yang juga
Pengerusi PIBG, Encik Mohamad Alwan B. Ginen,
Yang DiPertua PIBG Mejar Jafri B. Mohd Isa,
Naib Yang DiPertua Encik Ariffin B. Mansor,
Puan Lily a/p Saravinathan, Puan Satinah Bt. Kartho,
Puan Sete Halijah Bt. Ninggal, Puan Mirdawati
Bt. Mamdar,
Encik Sifly B. Saari, Cik Wong Lock Hui,
Puan Haslinda Bt. Harabayni, Puan Normaizura
Bt. Marzuki,
Puan Siti Zulaihah Bt Mohd Amin,
Encik Mohamad Hafiz B. Ahmad,
Encik Ab Ghaffar Saidin, Encik Ramli B. Abdul,
Encik Saini B. Kulop Kechil, dan Encik Sudin B. Kassim.
Dipaparkan sebahagian rakaman foto dalam masyuarat
yang ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Khamis, 26 Mac 2009

Pengumuman!


PURNAMA pelawa penulis sertai seminar sastera kanak-kanak, remaja

ORANG ramai terutama kalangan penulis, guru dan pelajar disaran merebut peluang bagi menyertai Seminar Sehari Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja 2009 yang akan diadakan pada 9 April depan. Peluang percuma sekali seumur hidup ini akan dapat memberi berbagai maklumat, pendedahan kepada penulis muda dari penceramah berpengalaman sekaligus menimba pengetahuan.
Program anjuran Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), akan dimulakan dengan Sesi Pembentangan 1, 2 dan 3 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Seminar Tingkat 2, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Kepada para guru yang bercita-cita menghasilkan buku sastera kanak-kanak dan remaja juga disaran menyertai seminar ini dengan menghubungi Puan Fazilah Mohamadedeni bagi mendapatkan maklumat lanjut denegan menghubungi 03-21483113 atau 012-6258634

Sabtu, 21 Mac 2009

Aktiviti & Program


Pusat Aktiviti Kanak Kanak (PAKK)
Hulu Kelang jayakan senamrobik


















































































HULU KELANG, SELANGOR: HAMPIR 500 pelajar sekolah sekitar Daerah Gombak menyertai program senamrobik perdana gaya hidup yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, Sabtu lalu. Program anjuran Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Hulu Kelang adalah dengan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Daerah Gombak, Pejabat Penghulu Hulu Kelang dan Pejabat Belia Daerah Gombak.

Turut hadir di majlis ini ialah Penghulu Mukim Hulu Kelang, Encik Zaimi Ghazali, Pengerusi JKKK Kampung Pasir, Encik Radzi Yob, Pengerusi JKKK Taman AU5 Keramat Haji Kassim Othman, AJK PIBG SKHK, Encik Ramli Abdul dan Encik Saini Kulop Kechil serta penduduk kampung.

Inilah sebahagian aktiviti senamrobik yang sempat dirakamkan untuk mengisi ruangan aktiviti & program minggu ini.

Isnin, 16 Mac 2009

Info & Sejarah SKHK

Warga pendidik, pelajar rai SKHK ke-126 tahun
Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) telah banyak mengalami siri peristiwa dalam dekad yang telah berlalu. Kenangan pahit dan manis yang diukir di sekolah ini tidak dapat dilupakan.
Bahang Perang Dunia Ke-2, Penjajahan British di Tanah Melayu dan peristiwa pahit 13 Mei telah sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap sekolah ini yang kini terpahat di lipatan sejarah.
Pembangunan dan kemajuan negara telah menarik bersama perubahan sekolah ini. Sekolah yang dahulunya berdinding tanah liat dan beratap rumbia kini telah jauh berbeza.
Jumlah pelajar sewaktu ditubuhkan iaitu pada 1910, hanya seramai 15 murid yang belajar di sekolah ini yang dipimpin oleh guru besar pertama bernama Encik Mohamed Said dan kini pada 2009, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang dipimpin oleh Encik Mohamad Alwan Bin Ginen, sebagai guru besar yang ke-18, bertanggung jawab membimbing dan melahirkan lebih 800 orang murid yang sedang belajar di SKHK menjadi warga yang berbudi.
Selain itu, sekolah ini lebih terkenal dengan panggilan Sekolah P.Ramlee disebabkan telah digunakan untuk penggambaran filem Masam Masam Manis. Dalam cerita tersebut Seniman Negara Tan Sri P.Ramlee berlakon sebagai Cikgu Shaari dan mengajar di sekolah ini. Akhirnya beliau dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Rendah Ulu Klang. (Nama sekolah ini dulunya adalah SR Ulu Klang).
Latar belakang bangunan asal Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang dahulunya merupakan bangunan kedai yang dibina pada tahun 1883. Bangunan tersebut mula dijadikan sekolah pada tahun 1910 di mana ia hanya menumpang di bangunan kedai berkenaan.
Sekolah ini telah dinaikkan taraf iaitu daripada gred C kepada gred A. Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang ditubuhkan bagi menampung keperluan pendidikan bagi penduduk setempat ekoran daripada pertambahan penduduk yang semakin pesat.
Pada tahun 1913 pembinaan bangunan pertama telah didirikan iaitu bangunan yang diperbuat daripada kayu-kayu bulat yang beratapkan nipah dan lantainya yang tidak bersimen.
Pada tahun 1938 pula bangunan tersebut telah diubahsuai daripada setingkat menjadi 2 tingkat. Walau bagaimanapun ia masih dalam bentuk yang sama iaitu bangunan yang diperbuat daripada kayu.
Sekolah tersebut mula mendapat bekalan air paip dan elektrik pada tahun 1964 dan ia merupakan infrastruktur yang pertama bagi sekolah tersebut. Manakala pada tahun 1974, bangunan batu 2 tingkat mula dibina berhampiran dengan bangunan lama dan ia mengandungi 4 bilik darjah, pejabat, tandas, kantin dan rumah guru besar.
Pada tahun 1981 pula bangunan kayu yang mempunyai 2 bilik darjah turut didirikan. Sekolah tersebut kemudiannya memperolehi sebuah lagi bangunan baru 2 tingkat yang mengandungi 8 bilik darjah iaitu pada tahun 1987.
Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang keseluruhannya mempunyai 4 buah bangunan yang mana ia mengandungi 14 bilik darjah bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dan memberi keselesaan kepada mereka.
Selain itu, sebuah padang permainan yang cukup luas di kawasan sekolah juga turut disediakan bagi kemudahan pendidikan jasmani. Perkembangan Sekolah Di awal penubuhannya pada tahun 1910 hanya terdapat satu kelas yang dibuka dan hanya seorang guru sahaja yang mengajar untuk pelbagai matapelajaran.
Manakala murid yang belajar di sekolah tersebut pada masa itu adalah seramai 15 orang. Pada tahun 1979 pula berlakunya pertambahan murid dengan pesat akibat daripada pembangunan di kawasan Hulu Kelang.
Menurut Ustazah Habsah pada tahun 1966 jumlah murid di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang adalah seramai 184 orang yang mana ia terdiri daripada murid darjah satu hingga darjah enam.
Manakala bilangan guru yang bertugas pada masa itu adalah seramai 8 orang. Guru yang bertugas pada masa itu termasuklah guru agama dan juga guru Bahasa Inggeris. Pada tahun 1982, bilangan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang telah bertambah 2 kali ganda daripada 350 orang kepada 700 orang murid.
Dianggarkan lebih kurang 1,000 orang murid yang belajar di sekolah tersebut pada masa itu. Dalam masa yang sama, Jabatan Pendidikan telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1986 dan sekolah ini telah terpilih sebagai sekolah percubaan bagi program tersebut.
Lain-lain peristiwa Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang pada awalnya mempunyai Ahli Lembaga Pengurus bagi membantu sekolah tersebut menjalankan aktiviti-aktivitinya. Pada tahun 1970-an peranan Lembaga Pengurus telah diambil alih oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Selain daripada nama asalnya Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, ia juga dikenali sebagai Sekolah P.Ramlee. Ini kerana sekolah tersebut pernah menjadi lokasi penggambaran filem "Masam-Masam Manis" yang mana Allahyarham P.Ramlee sendiri turut berlakon sebagai seorang guru. Penggambaran filem tersebut telah dibuat sekitar tahun 1965.
Kehebatan sekolah ini ialah kerana telah berjaya menyambut ulang tahun ke 100 pada 30 Mac 1997. Dan kini warga pendidik dan pelajar SKHK meraikan usia SKHK yang ke-126 tahun pada Mac ini sekaligus mencatatkan SKHK sebagai sekolah tertua di Daerah Gombak, Selangor.
Tahniah dan semoga SKHK bakal mengalami tranformasi termasuk saranan AJK PIBG yang berpendapat agar sekolah ini perlu di beri nafas baru, nama baru yang sesuai dengan gelaran popular di kalangan masyarakat sebagai Sekolah P.Ramlee, suatu hari kelak, Insya-Allah.

Ahad, 15 Mac 2009

Sekitar majlis Mesyuarat Agung PIBG SKHK kali Ke-34


CERIA: Suasana keceriaan ibu bapa dan guru di dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG SKHK kali ke-34 yang diadakan di Dewan Bisikan Kalbu, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, Selangor, Sabtu lalu.






AJK PIBG SKHK 2009-2010: Berdiri belakang: Encik Sudin, Encik Arifin dan Encik Ramli. Berdiri didepan dari kiri, Encik Saini, Encik Ab. Ghaffar, Encik Abdul Ghani dan Mejar Jafri bergambar kenangan di majlis Mesyuarat Agung PIBG SKHK kali ke-34 yang diadakan di Dewan Bisikan Kalbu, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, Selangor, Sabtu lalu.





GANDINGAN SERASI: Yang DiPertua baru PIBG SKHK Mejar Jafri Md Isa dan Naib Yang DiPertua, Encik Arifin Bin Mansor di majlis Mesyuarat Agung PIBG SKHK kali ke-34 yang diadakan di Dewan Bisikan Kalbu, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, Selangor, Sabtu lalu.

Dari Lembaran Suci

Berdakwah Dalam Era Multimedia
Oleh: Datuk Haji Mohamad Shahrir Bin Haji Abdullah
Ihsan: Pusat Penyelidikan Digital Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Dakwah ialah 'usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam, menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan tertentu'. Manakala multimedia pula ada beberapa definasi telah diberikan, antaranya ialah 'Penggunaan dua atau lebih jenis/bentuk media (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks dan sebagainya) untuk menyampaikan maklumat'.

Jadi, apabila membicarakan mengenai berdakwah dalam era multimedia, maka ianya akan menyentuh samada penggunaan multimedia ini dibenarkan oleh Islam atau tidak dan apakah sikap pendakwah mengenainya serta apa pula masalah yang perlu diatasi berhubung dengan penggunaan multimedia dalam berdakwah.

Kalau dilihat dan diikuti perkembangan Islam dari dahulu sampai sekarang, ternyata bahawa para da'i khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan nampaknya tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini.

Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya, malah selari dengan perkembangan zaman yang dilaluinya, dakwah Islamiah turut disebarkan menerusi filem, video, kaset dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet.

Malah jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan telivisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya.

Kini tamadun manusia terus membawa dan memperkenalkan kemajuan media yang lebih canggih dan diterima umum dan sekarang mereka berada dalam era yang dikenali sebagai era multimedia. Malaysia sendiri telah menerima kehadiran teknologi ini dan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banayak untuk menjayakannya. Penguwujudan Koridor Raya Multimedia adalah bukti nyata penerimaan tersebut.

Melihat kepada sejarah lalu dan penerimaan umat Islam dalam menggunakan berbagai media yang wujud disepanjang zamannya, maka penerimaan multimedia sebagai alat berdakwah pada masa ini bukanlah suatu yang salah dan ditegah, malah adalah wajib selagi penggunaannya selari dengan ajaran Islam yang mulia.

"Jadi, yang pentingnya ialah kesedaran umat Islam bahawa Islam tidak menghadkan kepada umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya."

Sepanjang pelaksanaan dakwah di Malaysia, terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi. Cabaran-cabaran itu ada yang berupa penyebaran ajaran salah dan menyeleweng, ajaran kepercayaan agama yang lain dari Islam dan pendedahan nilai-nilai serta budaya hidup yang negatif dan bertentangan dengan ajaran Islam. Penyebaran bahan-bahan ini ada dijalankan secara bersemuka dan tidak kurang juga yang menggunakan media cetak dan elektronik.

Bagi mengatasi pengaruh ajaran dan pendedahan bahan berunsur negatif tersebut, kerajaan telah menggunakan berbagai langkah untuk menerangkan kepada masyarakat umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya, supaya mereka tidak terpengaruh dan terperangkap dalam belenggu ajaran salah dan tidak berakhlak.

Selain dari itu kerajaan juga menguatkuasakan peraturan yang membolehkan bahan-bahan tersebut khususnya yang diimport disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum ianya dibenarkan untuk diedar bagi dibaca, didengar dan ditonton oleh rakyat umum.

Pada peringkat itu kawalan terhadap apa jua unsur yang tidak digemari dan bercanggah dengan kepentingan negara dan keselamatannya dapat dijalankan dengan berjaya dan berkesan.

Sekarang, kekebalan ini nampaknya kurang mampu dipertahankan sepenuhnya apabila teknologi canggih dan penggunaan multimedia terutama internet berkembang dengan pesatnya di dunia hari ini. Kini umat Islam khususnya di Malaysia terdedah kepada penyebaran maklumat yang salah mengenai Islam dan terdedah kepada nilai-nilai negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Oleh itu rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam, mahu atau tidak mahu, terpaksa menyahut cabaran ini. Yang pastinya, umat Islam tidak boleh menyerah kalah dan membiarkan arus perkembangan ini berlalu dan mengancam mereka begitu sahaja. Sebaliknya dengan keazaman dan keyakinan yang penuh mereka turut menguasai dan mengambil manfaat daripadanya.

Masyarakat umat Islam mestilah menerima bahawa multimedia adalah penting dalam penyebaran dakwah Islamiah pada masa ini. Namun dalam mempastikan ianya benar-benar berfungsi dan berkesan, ada beberapa masalah yang mesti diatasi. Masalah-masalah itu ada yang berkaitan dengan peribadi, struktur organisasi dan hubungan kerjasama antara berbagai pihak yang terlibat.

Masalah yang agak ketara kini ialah kurangnya tenaga pendakwah yang mampu menggunakan teknologi ini. Akibatnya mereka lambat menyesuaikan diri samada untuk menyedia dan menyebar bahan-bahan dakwahnya dan juga lambat untuk memberi jawapan kepada berbagai masalah yang ditimbulkan menerusi media ini.

Kurang keupayaan dalam menguasai bahasa Inggeris, juga merupakan masalah yang menyebabkan penggunaan multimedia kurang diminati oleh kalangan para da'i dan ulama Islam di negara ini. Sikap ini mungkin ada hubungan dengan apa yang terdapat dalam pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'.

Disamping terdapat dua masalah penting di kalangan para da'i dan ulama, maka satu lagi masalah yang tidak juga kurang pentingnya ialah kelemahan penguasaan ilmu Islam di kalangan pakar dan pengguna multimedia ini. Kekurangan ini menyebabkan mereka cuba mengelakkan diri dari terlibat secara aktif dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sikap sedemikian boleh melambatkan kerja-kerja berdakwah terutama dalam masalah yang memerlukan tindakan yang cepat dan tepat.

Kejayaan sesuatu usaha, lebih-lebih lagi dalam pengggunaan teknologi moden lebih bergantung kepada sejauhmana kerjasama boleh diwujud dan ditingkatkan antara beberapa individu, beberapa institusi, beberapa organisasi dan sebagainya. Demikian juga sekiranya kejayaan berdakwah dalam era multimedia ini mahu dicapai dan dini'mati bersama.

Nampaknya pada masa ini ada beberapa insitutusi dan organisasi Islam telah mengambil peluang dan menggunakan laman-laman web internet sebagai saluran dakwahnya. Masing-masing mempunyai 'home pagi'nya sendiri.

Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah antara institusi dan organisasi Islam di Malaysia yang memberi sambutan yang terawal terhadap penguasaan multimedia ini; namun yang lebih penting dari itu ialah kerjasama yang lebih berkesan dan terarah dapat dibangunkan.

Pada masa ini, belum nampak adanya suatu kerjasama dan penyelarasan yang berkesan di antara institusi dan organisasi tersebut dalam memenuhi keperluan masyarakat mengenai ajaran Islam dan dalam menangani isu-isu yang bertentangan dengan Islam yang disalurkan menerusi internet.

Sepatutnya sudah ada suatu kerjasama dan penyelarasan yang berkesan yang sekurang-kurangnya melibatkan pembahagian tugas yang jelas antara berbagai institusi dan organisasi tersebut. Jika ini dapat dilakukan ianya akan menyemarakkan lagi kerja-kerja dakwah di negara ini.

Pada masa ini masih terdapat lagi kefahaman yang salah di kalangan umat Islam di negara ini mengenai tugas dan tanggungjawab berdakwah yang diletakkan oleh Islam ke atas bahu mereka.

Masih ada yang beranggapan bahawa tugas menjalankan dakwah adalah 'fardhu kifayah' semata-mata dan hanya wajib ke atas mereka yang bergelar ustaz dan ulama sahaja, manakala yang lainnya tidak wajib. Fahaman ini mengakibatkan mereka kurang aktif lalu mengambil sikap berdiam diri atau berlepas tangan dari tugas-tugas berdakwah.

Pada hakikatnya menjalankan tugas berdakwah adalah wajib 'fardhu 'ain' atas setiap orang Islam. Ertinya bahawa setiap orang Islam itu wajib menyampaikan ajaran Islam setakat apa yang diketahuinya. Mengenai hal ini tentulah mustahil dan tidak munasabah ada di kalangan orang Islam yang langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai ajaran agamanya.

Di samping kewajipan fardhu 'ain itu, Islam mewajibkan pula ke atas umatnya secara fardhu kifayah di mana sebahagian dari mereka mestilah mendalami ajaran Islam untuk menjadi pemimpin atau tempat rujukan masyarakat terutama dalam masalah-masalah yang lebih penting dan rumit. Jika tuntutan ini difahami secara jelas oleh seluruh umat Islam, maka penyebaran Islam tentunya menjadi lebih pesat dan berjaya.

Bagi masyarakat awam umat Islam, mereka hendaklah melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan mengajar apa jua ajaran Islam yang diketahui khususnya di kalangan keluarga sendiri. Mereka juga boleh membantu pihak-pihak bertanggungjawab dengan menyampaikan maklumat-maklumat mengenai kerja-kerja penyelewengan terhadap Islam oleh pihak-pihak tertentu yang mereka kesani dari internet dan sebagainya.

Untuk mempastikan keberkesanan kegiatan dakwah dalam era multimedia ini, maka para perancang dan pelaksana dakwah mestilah mempastikan bahan yang disampaikan itu meliputi isi ajaran Islam, serta sesuai dengan kumpulan sasarannya yang berbagai-bagai dan berbeza, baik dari segi jantina, peringkat umur dan profesyen, mahupun dari segi latar belakang penguasaan ilmu Islam itu sendiri.

Tahap maklumat dan isi ajaran Islam yang dikemukakan mestilah sesuai, dengan mengambil kira keperluan mereka yang belum beragama Islam, mereka yang baru mempelajari Islam dan tidak kurang pentingnya bagi menghapuskan kekeliruan dan kesesatan yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu yang berniat jahat untuk memecahbelahkan umat Islam dan menyelewengkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar. Dengan mengambil kira keadaan ini, maka sudah pasti usaha berdakwah akan mencapai matlamatnya.

Skop kandungan pengajaran Islam yang dikemukakan mestilah juga mengambil kira aspek-aspek terpenting yang menjadi asas ajaran Islam itu sendiri. Disamping memberi penjelasan mengenai syariat Islam yang luas dan meliputi seluruh kehidupan manusia, maka aspek iman sebagai terasnya tidak boleh dipandang remeh dan tidak penting, sebaliknya aspek iman inilah yang wajib diutamakan disepanjang pelaksanaan dakwah.

Pada masa ini ada suara-suara yang mempersoalkan keberkesanan pendidikan Islam, terutama di kalangan remaja apabila mendapati gejala-gejala keruntuhan akhlak lebih ketara di kalangan mereka. Persoalan ini menginsafkan sekali, sehingga mampu menarik minat sebilangan besar umat Islam untuk mencari penyelesaiannya. Dan ternyata akhirnya bahawa jawapan kepada persoalan ini ialah usaha pengukuhan iman wajib diberi keutamaan dalam apa jua program pembangunan negara.

Dari penjelasan yang telah diberikan, maka dapatlah disimpulkan bahawa:

i. Penggunaan multimedia dalam berdakwah adalah sangat membantu dan berkesan. Ianya mestilah diterima dengan baik dan dipergunakan sebijak mungkin.

ii. Program memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam mutimedia di kalangan pendakwah dan ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan kepada para pakar Muslim dalam bidang multimedia, agar kepesatan dan keberkesanan dakwah dapat dicapai.

iii. Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi mempastikan kegiatan dakwah menerusi multimedia dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada sasarannya. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa adalah dinanti-nantikan.

iv. Aspek iman hendaklah menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dalam membena umat Islam yang kuat dan mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi baik pada masa ini mahupun pada masa akan datang, samada cabaran dari multimedia sendiri atau lain-lain cabaran yang terdapat dalam masyarakat.

Jom Gelak!

Malas ke sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Sudut Kreatif

aku bukan penyair

aku bukan penyair yang mengembara dari lembah ke lembah membawa ceritera hidup duka. tetapi aku hanya seorang marhain membawa segugus cinta dari bait-bait FirmanMu yang Maha Benar lagi Maha Hikmah kepadamu.

sedekad meraut kalimahMu bersimpuh pasrah kepada Maha Pencipta kutemui selama pencarian ini, tempat kembali yang terbaik, paling teristimewa untuk kudkap bersamamu.

Maha Suci Dia. Maha Agung Dia. kasih sayangNya tak terperi mengiring perjalanan agar tak terseradung kaki di mata curam dan seketika kuhampir tergelincir - tiba-tiba ada tangan menarik sedang dalam dada ada gemuruh berdegup.

Segala Puji BagiNya kerana tidak membiarkan. suatu hari yang kusyukuri nikmatNya. tak ada khatulistiwa maupun garis kata dari kurnia Maha Penolong. lalu secangkir harum dari perbukitan kuteguk air kemanisanNya, dingin dan segar ke lubuk hati ehsan Maha Pelindung.

Ya Allah. Seperti doa Ibrahim yang hanif kepada Engkau yang memakbulkan anak cucu kekal terpelihara bersama petunjukMu – terima kasih dari ufuk timur merintasi penghujung dunia. bak langit dan bumi, bersatu termetrai kasih dan sayang bagai awan berarak memayung cinta sang arjuna.

Di sanubari, padu tak terlerai . Amien.

SAINIKK
Kota Impian,
SA.

Bukalah Mindamu!




"Computer literacy is a must if we want to progress and develop. No effort must be spared in the creation of an information-rich Malaysian society". - Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Organisasi Baru PIBG SKHK sesi 2009-2010

CEMERLANG: Adik Puteri Diana Jafridin meraih 5A dalam UPSR tahun lalu.
HULU KELANG, SELANGOR - 14 MAC: Hampir 100 orang ibu bapa telah menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) kali ke-34 yang diadakan di Dewan Bisikan Kalbu, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) Sabtu lalu.

Majlis yang bermula jam 7.30 pagi, telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Hulu Kelang, Encik Zaimi Ghazali. Beliau juga adalah Yang DiPertua PIBG SKHK bagi sesi 2008-2009. Turut hadir Guru Besar SKHK, Encik Mohamad Alwan Ginen, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG dan ibu bapa serta penjaga murid.

Berteraskan 'maufakat membentuk generasi gemilang', Yang DiPertua PIBG dalam kata alu-aluannya, menyifatkan dunia pendidikan kini telah mengalami revolusi pendidikan tanpa sempadan.

"Natijahnya, anak-anak kita didedahkan dengan kepincangan sosial yang mana secara tidak langsung telah memberikan implikasi terhadap kecemerlangan ketrampilan dan keperibadian anak-anak.

"Justeru, usaha mewujudkan pembangunan modal insan yang sering diuar-uarkan hanya dapat dilaksanakan secara berkesan jika ibu bapa, guru dan masyarakat berganding bahu bersama-sama mendidik anak-anak kita. Di harap pentadbiran sekolah akan terus erat dan berkerjasama dengan pihak PIBG bagi melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti intervensi," kata Encik Zaimi Ghazali yang turut mengumumkan pengundurannya sebagai Yang DiPertua PIBG.

Sebelum mesyuarat agung tersebut dimulakan, diadakan majlis penyampaian hadiah kepada murid cemerlang dari Tahun 2 hingga Tahun 6 yang dikenali sebagai Hari Apresiasi Kecemerlangan Akademi.

Sementara itu, Guru Besar SKHK, Encik Mohamad Alwan Ginen, berkata SKHK mempunyai aset untuk maju ke hadapan dengan barisan guru dan pentabdiran sekolah yang mempunyai latar belakang serta pengalaman yang berbagai dan iktizam yang tinggi mampu menjana anak-anak didik yang bukan sahaja harapan ibu bapa tetapi juga akan menjadi pewaris generasi masa depan.


KEBANGGAAN SEKOLAH: Lapan pelajar SKHK yang berjaya meraih keputusan cemerlang dalam UPSR tahun lalu.



"Kecemerlangan tidak akan dapat di capai dalam masa sehari. Oleh itu suatu perancangan harus diolah dari sekarang. Ini tidak bermakna perancangan yang lepas tidak bertepatan dengan matlamat sekolah. Perancangan yang sudah mantap dan berkesan akan diteruskan sehingga membuahkan hasil," kata Encik Mohamad Alwan yang turut mengucap tahniah kepada warga pendidik dan AJK PIBG bersama-sama membantu mencapai misi, visi dan matlamat menjadikan SKHK sebagai sekolah terbaik.

Di dalam masyuarat agung tersebut, telah diadakan pemilihan ahli jawatankuasa baru termasuklah yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua.

Berikut senarai kepimpinan baru PIBG SKHK bagi sesi 2009-2010.

Penasihat: Encik Mohamad Alwan Bin Ginen (Guru Besar)

Yang DiPertua: Mejar Jafri Bin Mohd Isa

Naib Yang DiPertua: Encik Arifin Bin Mansor

Setiausaha Kehormat: Encik Mohamad Hafiz Bin Ahmad

Naib Setiausaha Kehormat: Puan Normaizura Bt. Marzuki

Bendahari Kehormat: Encik Sifly Saari


AJK GURU:

Cik Wong Lock Hui

Puan Midarwati Mamdar

Encik Mohd Riduan B. Mad Ariffin
Puan Norhaslinda Bt. Harabayni

AJK IBU BAPA:

Encik Ramli Bin Abdul

Encik Ab Ghaffar Bin Saidin

Encik Abdul Ghani Bin Yaakob

Encik Saini Bin Kulop Kechil

Encik Sudin Bin Kassim


JURU AUDIT:

Encik Mohd Zahari Bin Mohd Zain(Guru)

Encik Zohari Bin Ahmad