Jumaat, 5 Ogos 2011

Ujian Bulan Ogos

BERMULA Selasa, 9 Ogos ini, Ujian Bulanan melibatkan semua Tahun diadakan. Selasa dengan ujian Bahasa Malaysia, diikuti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral dan Seni, Kajian Tempatan, Agama serta Bahasa Arab pada hari Jumaat.

Sehubungan itu, ibu bapa diminta memberi perhatian dan membantu anak-anak mengadakan ulang kaji pelajaran agar ujian bagi bulan Ogos mencatat keputusan terbaik dan meningkat dari sebelum ini.

PIBG SKHK mendoakan semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan berjaya dan bersungguh-sungguh menjawab soalan dengan penuh tekun.