Khamis, 24 Februari 2011

Pengumuman!

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 SERTA HARI APRESIASI KECEMERLANGAN TAHUN 2010

IBU BAPA dan penjaga dialu-alukan menghadiri mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 pada 26 Februari 2011, Sabtu jam 7.30 pagi di Dewan Bisikan Kalbu.
Sempena dengan mesyuarat ini turut diadakan Hari Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2010. Oleh itu ibu bapa dan penjaga tidak mengabaikan mesyuarat agung ini ini.
Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga diminta mengusul dan mencadangkan idea baru bagi memantapkan lagi perjalanan persekolahan anak-anak.

Tarikh, hari: 26 Februari 2011, Sabtu
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Bisikan Kalbu, Sek. Keb. Hulu Kelang.

Jangan abaikan ajakan ini, jomlah ceriakan majlis ini!


Encik Abdul Razak Hussien, Yang Dipetua PIBG SKHK

Selasa, 22 Februari 2011

Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga Tahun 6 bersama Guru

SERAMAI 78 ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 menghadiri majlis Perjumpaan Ibu Bapa & Penjaga Tahun 6 Bersama PIBG, Pentadbir dan Guru Sekolah Kebangsaan . Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan, yang diadakan di Dewan Bisikan Kalbu, pada 12 Februari, Sabtu lalu.

Bagaimanapun masih ramai ibu bapa dan penjaga Tahun 6 tidak dapat hadir, atas pelbagai alasan. Murid Tahun 6 bagi sesi 2011 ialah seramai 126 orang.

Tujuan majlis ini diadakan ialah supaya dialog terbuka antara ibu bapa, penjaga dan guru dapat membantu di dalam perssiapan murid menghadapi UPSR 2011 pada September ini nanti.

Selain itu turut berkongsi pendapat dengan ibu bapa dan penjaga bagi mengetahui perkembagan semasa anak-anak dan juga peluang untuk bertukar-tukar pandangan dengan para pentadbir dan guru bagi memastikan kejayaan anak-anak di dalam UPSR 2011 nanti.

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung yang bermula jam 8.30 pagi ialah penbentangan analisis keseluruhan dan setiap mata pelajaran bagi ujian diagnostic dan perancangan aktiviti peningkatan UPSR 2011 selain soal jawab ibu bapa, penjaga dengan guru-guru.

Jadual pelaksanaan kerja program peningkatan UPSR 2011 ialah Ujian Diagnostik yang sudah diadakan pada 18, 19 dan 20 Januari lalu. Ujian Diagnostik ialah bagi mendapatkan gambaran keseluruhan pencapaian pelajar yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Sementara Orientasi Mata Pelajaran menjurus kepada pendedahan kepada para pelajar format dan permarkahan setiap mata pelajaran. Ia diadakan sepanjang Februari.

Bagi Kelas Tambahan Mingguan/Cuti Persekolahan dilaksanakan bermula Februari hingga hujung bulan September ini. Fokos bagi membimbing pelajar-pelajar supaya kelemahan yang ada dapat diatasi.

Selain itu Ujian Bulanan diadakan setiap bulan bagi menilai prestasi pelajar setiap bulan. Turut diadakan Klinik/Kelas Pengukuhan. Ia selama 30 minit sebelum waktu persekolahan (waktu perlaksanaan akan ditentukan kemudian). Pengisiannya membabitkan Fasa 1 (Murid Lemah). Ini untuk membantu murid-murid yang lemah mengikut mata pelajaran.

Sementara Fasa 2 (Murid Cemerlang) bagi memberi tumpuan kepada murid yang berpontensi A dalam mata pelajaran tertentu.

Akhir sekali turut diadakan Bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi memohon doa kepada Allah agar segala usaha diberkatiNya. Ia diadakan setiap Jumaat bermula Mac hingga September (bacaan Yassin) dan pada 15 September pula diadakan bacaan Yassin dan solat hajat.

Menyentuh kehadiran ibu bapa dan penjaga yang hadir pada majlis ini, Penyelaras Tahun 6, Puan Norhaslinda Harabayni, menyifatkan perkembangan ini semakin baik berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun ibu bapa dan penjaga yang tidak dapat hadir, tidak diabaikan. Pihaknya akan mengadakan pemantauan dan susulan agar turut mendapat komitmen menjayakan program ini.

Tambah Puan Norhaslinda lagi, pencapaian UPSR bagi tahun 2010 mencatat 58.8% lulus keseluruhan dengan 7 murid mendapat 5A daripada 136 murid yang mengambil peperiksaan ini.

Apakah pada 2011 ini keputusan UPSR akan bertambah baik dengan pencapaian yang semakin meningkat? Bersama-samalah ibu bapa, penjaga mendoa kejayaan anak-anak kita agar angka ini berubah dan seterusnya menjadi kebanggaan semua pihak, Insyallah.

Terima kasih juga kepada guru-guru Tahun 6, Puan Norhaslinda (6 Wawasan), Encik Mohd Zaidi (6 Unggul), Puan Rahimah A Latif (6 Jauhari) dan Puan Azlinda Mohd Shukor, guru kelas 6 Harmoni yang sentiasa berusaha gigih tanpa mengenal jemu mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya di dalam pencapaian akademik dan dapat membalas jasa ibu bapa seterusnnya kepada negara di masa akan datang.

Turut hadir di majlis ini ialah Guru Besar SKHK, Encik Mohamad Alwan Ginen, guru-guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG SKHK, Encik Zam, Encik Rozaihad dan Sdr Saini Kulop Kechil.












Jumaat, 18 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah Erat Hubungan

PERARAKAN berkompang murid dan guru Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK) serta penyertaan kanak-kanak dari Tadika KEMAS Hulu Kelang, sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah peringkat sekolah yang disambut oleh baru-baru ini, disifatkan penuh bermakna dan meriah.

Ini kerana ia turut mendapat penglibatan ibu bapa murid yang berganding bahu memberi sokongan moral kepada kejayaan program ini.

Bertemakan Satu Malaysia Satu Ummah, aturcara dimulai dengan bacaan ayat suci, diikuti selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad saw, seterusnya persembahan nasyid daripada 20 pelajar Tahun 5 dan 6 serta penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang.

Turut menceriakan majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini, Penghulu Daerah Hulu Kelang, Zaimi Ghazali, Guru Besar SKHK, Mohamad Alwan Ginen, Yang Dipertua PIBG Abdul Razak Hussein dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG.

Menurut Penyelaras Program Sambutan Maulidur Rasul, Midarwati Mamdar, berharap acara sambutan yang diadakan ini dapat memberi erti dan roh keagamaan yang kuat kepada setiap individu.

“Program ini di harap dapat memberi erti dan roh keagamaan yang kuat dan sekaligus membentuk ketaatan hakiki terhadap Allah swt,” kata Midarwati yang bersyukur kerana dengan komitmen ramai ibu bapa yang hadir menjayakan majlis ini. – Teks, foto: ZAINI ZAA