Rabu, 28 April 2010

Tetamu Istimewa SKHK

SAMBUTAN Hari Kejohanan Sukan SKHK Kali Ke-35 cukup bermakna kepada ibu bapa dan murid lebih-lebih lagi dengan kehadiran tetamu istimewa, bintang lagenda layar perak, yang Berbahagia Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin.

Tan Sri Jins juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang selain meluangkan masa menikmati jamuan yang diadakan di Dewan Buloh Perindu, Tan Sri P.Ramlee.

Selepas jamuan pihak sekolah mengambil peluang merakam gambar kenangan bersama Tan Sri Jins.

Turut bersama di dalam sesi bergambar, dari kiri, Puan Um Jamilah Hj Saleh (GPK Petang), Puan Sate Halijah Ninggal (GPK Kurikulum), En Ramli Abdul (AJK PIBG), Pegawai Kanan PPD Gombak, En Ariffin Mansor (Tim. YDP PIBG), Yang Berbahagia Tan Sri Jins Shamsudin, Tuan Guru Besar En Mohamad Alwan Ginen, En Radzi (AJK PIBG) dan En Yahaya Ismail. - Foto ZAINI ZAA (AJK PIBG)

Isnin, 19 April 2010

Program Motivasi Muslim Taqwa

Program Motivasi Muslim Taqwa
tarikh: 17 April 2010
Anjuran: Unit Pengurusan Masjid JAIS Gombak
Dengan kerjasama: Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Kelang
Konsultan: East Management & Consultant (EMC)
Tempat: Dewan Utama Masjid Ar-Ridhuan Hulu Kelang
Peserta: 64 Pelajar Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang









Selasa, 6 April 2010

Jins rasmi kejohanan sukan SKHK Ke-35

KECERIAAN di wajah murid Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (SKHK), menyambut ketibaan julung kali YB Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin di Padang SKHK meninggalkan kenangan manis.

Ramai murid mengambil kesempatan, bersalaman dengan beliau semasa lawatan rumah ke rumah.

Kehadirannya bagi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali Ke-35 dan Sukaneka 2010, yang diadakan di Padang SKHK, Ahad lalu.

Rumah Merak mencatat kejayaan berganda apabila dinobatkan hiasan rumah tercantik dan perbarisan kawad terbaik namun Rumah Kenari meneruskan tradisi menjulang buat kali kedua johan keseluruhan kejohanan sukan tahun ini.

Turut memeriahkan suasana, acara tarik tali antara bapa dan guru yang memihak kemenangan kepada juara tahun lalu, kumpulan bapa sementara dalam acara mengelecek bola hoki, guru wanita berjaya menembus kehampaan apabila menewaskan kaum ibu.

Acara santai Wanita Menawan, Puan Zalilah Abu Hassan, mendapat perhatian Ahli Jawatankuasa PIBG yang memilihnya sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa hamper.

Hadiah hamper disumbangkan daripada individu dan syarikat antaranya Kamaruddin Adnan Hardware, Pasaraya HERO Wangsa Maju, Pasaraya GIANT Setiawangsa, FAMA, Red Rebana, Teguh Ringgit, Sdr Zam, Malay Media, Pak Pin, Olitronik, Pak Ngah, Kumpulan MKSB, Pak Yan dan sebagainya.

PIBG SKHK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan individu, penaja sumbangan menjayakan acara Sukan Tahunan SKHK Ke-35. - Foto: ZAINI ZAA






































Isnin, 5 April 2010

Kunjungan Mesra PIBG SKHK ke SKLT Lancang, Pahang

KUNJUNGAN julung kali Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang ke Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua (SKLT), Lancang, Pahang, naru-baru ini, berjaya mengeratkan hubungan dua hala antara PIBG sekolah kebangsaan ini.

Wakil PIBG SKHK, diketuai Yang Dipertua, Encik Abdul Razak Hussein, Setiausaha PIBG SKHK, Cikgu Mohd Hafiz Ahamd, dua AJK PIBG Encik Ramli Abdul dan Encik Ghaffar Saidin di sambut mesra Yang Dipertua PIBG Encik Ishak Mohamad serta Guru Besar Puan Zahariah Isa.

Pertemuan singkat selama beberapa jam, mencetuskan hasrat kedua buah sekolah ini untuk mengadakan program kerjasama pada Julai nanti. Program ini, akan menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat sebagai sekolah angkat.

Menurut Encik Abdul Razak, program Julai nanti, melibatkan aktiviti seperti lawatan sekolah, sukan persahabatan, acara kesenian dan perkhemahan sekolah.

“Insyallah, seramai seratus murid Tahun 4 dan Tahun 5 akan mengikuti program ini dan keesokan harinya, murid-murid akan ke Pusat Pemuliharaan Gajah di Lancang, Pahang, bagi menyaksikan dari dekat habitat haiwan seperti gajah dan rusa.

“Di sini nanti murid akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan oleh Jabatan Margastua, kehidupan haiwan seperti gajah dan rusa,” kata Abdul Razak.