Isnin, 4 Januari 2010

Kembali Ke Alam Persekolahan 2010










Salam kepada warga guru, ibu bapa dan penjaga.

Tanggal 2 Januari 2010 lalu, bermulalah hari pertama sesi persekolahan penggal pertama. Seramai 105 murid Tahun 1 memulakan alam baru persekolahan. Berbagai gelagat murid Tahun 1 menjadi perhatian ibu bapa dan penjaga yang menemani anak masing-masing.

Tahun 2010 menyaksikan lebih 800 pelajar memulakan pengajian mereka dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah yang sinonim dengan panggilan Sekolah P Ramlee.

Semoga tahun ini membawa tuah dan gemilang beserta dengan doa dari seluruh AJK PIBG yang yakin sasaran 20 pelajar Tahun 6 bakal menduduki UPSR September nanti bakal menjulang nama sekolah dengan meraih keputusan 5A, tercapai.

Kepada ibu bapa dan penjaga, bersama-sama berdoa dan sudah sampai masanya, menyerahkan kepercayaan kepada guru berpengalaman mendidik anak generasi bangsa dengan ilmu dan kemahiran hidup.

Kepada 'cikgu', harapan ibu bapa dan penjaga yang menaruh keyakinan agar membing anak kesayangan mereka menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara.

Seluruh kru blog mengucapkan kepada warga pendidik, selamat kembali ke alam persekolahan!

Jumaat, 1 Januari 2010

Sejahtera Sepanjang Tahun Baru 2010


Salam sejahtera kepada semua guru, penyelia, ibu bapa dan penjaga.
Selamat menyambut Tahun 2010 yang diharap dapat dirai kedatangan Tahun Harimau ini dengan semangat berani, bertanggung jawab serta melindungi masa depan genarasi hari ini dari elemen tidak sihat.
Semoga alaf 21 ini terus ceria dengan kejayaan yang dibimbing petunjukNya dan rasulNya serta orang beriman.