Rabu, 27 Mei 2009

Tahniah!

Selamat hari Guru 2009
dari seluruh AJK PIBG SKHK
"Tidak terlewat lagi bagi AJK PIBG untuk mengucapkan tahniah dan selamat menyambut Hari Guru pada tahun ini.

Sesuai dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa, diharap akan menjadi teras kepercayaan yang tinggi dari ibu bapa. Justeru itu, kekuatan guru melahirkan generasi cemerlang, tidak akan berjaya sekiranya ibu bapa tidak memainkan peranan yang serupa membentuk salsiah yang tahu menghargai peluang belajar di sekolah.
Akhir kata, selamat Hari Guru khanya kepada guru besar Cikgu Muhammad Alwan Ginen dan semua guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang pada saat ini."
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Penulis Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi